TFC tamatkan saingan liga dengan kemenangan

TFC tamatkan saingan liga dengan kemenangan

TFC tamatkan saingan liga dengan kemenangan
PEMAIN TFC meraikan jaringan gol pada perlawanan Liga Super menentang KDA FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) menamatkan saingan Liga Super musim 2024/2025 dengan kemanisan selepas menumpaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 3-0 pada aksi terakhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam ini.

Bagaimanapun kemenangan itu tidak mengubah kedudukan skuad Penyu yang kekal di tempat kelima liga dengan mengumpul 35 mata manakala Sang Kenari menamatkan saingan liga di kedudukan ke-11 dengan mengutip 21 mata.

Terdahulu sebelum melakar kemenangan, skuad kendalian Badrul Afzan Razali cemas selepas pelawat mendahului dua jaringan menerusi Amirul Hisyam Awang Kechik pada minit ke-17 dan pemain import, Milos Gordic minit ke-30.

Namun dua jaringan berkualiti itu dinafikan Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas dikesan pemain skuad itu berada pada kedudukan ofsaid sekali gus melegakan kem TFC.

Sebelum itu pada minit kedua perlawanan, TFC melepaskan peluang keemasan untuk memburu jaringan awal selepas sepakan percuma pemain import, Nurillo Tukhtasinov di dalam kotak penalti berpunca kesilapan penjaga gol pelawat, Wan Mohamad Syazmin Wan Mohamad Ruzaimi, terkena pertahanan lawan.

Pada minit ke-60, Safawi berpeluang untuk menambah jaringan kedua pasukannya hasil hantaran Tukhtasinov, namun pemain Harimau Malaya itu tersilap langkah biarpun hanya berdepan dengan penjaga gol.

Pemain pertahanan, Muhammad Azam Azmi Murad berjaya meledak jaringan kedua pasukannya pada minit ke-69, namun VAR mengesan pemain itu berada dalam keadaan ofsaid sekali gus melegakan kem pelawat.

Usaha berterusan tuan rumah untuk memburu jaringan kedua akhirnya berhasil selepas pemain pertahanan, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili melakukan tandukan menarik menerusi sepakan sudut Safawi pada minit ke-74 untuk pasukannya mendahului 2-0.

Sepuluh minit terakhir, tuan rumah terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas Engku Muhammad Nur Shakir dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin selepas mengasari kapten lawan, Mohd Akmal Md Zahir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta


TFC berpeluang untuk menambah jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti, bagaimanapun Safawi yang melakukan sepakan panenka pada minit ke-88 berjaya dinafikan penjaga gol.

Ketika perlawanan berbaki empat minit untuk ditamatkan, Tukhtasinov menambah derita pelawat selepas meledak jaringan ketiga pasukannya untuk merakam kemenangan 3-0.

TFC tamatkan saingan liga dengan kemenangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker