Remaja maut motosikal ditunggang dirempuh pikap
Remaja maut motosikal ditunggang dirempuh pikap

BACHOK: Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan pikap dan motosikal di Jalan Kampung Teluk-Kemudi di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok di sini, malam tadi.
Mangsa berusia 15 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan seorang penumpang pikap jenis Nissan Navara tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata kemalangan jam 9.20 malam itu dipercayai berlaku ketika Nissan Navara dari Machang menghala Kampung Balai, Bachok tidak sempat mengelak sebuah kereta di hadapannya yang secara tiba-tiba ke kiri jalan bagi mengelak motosikal ditunggang mangsa dan pembonceng.

“Disebabkan gagal mengelak, pemandu pikap bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohamad Ismail berkata, pemandu pikap roda itu ditahan empat hari bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Remaja maut motosikal ditunggang dirempuh pikap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET