Terjerat janji pulangan lumayan pelaburan tak wujud, warga emas rugi hampir RM1 juta
Terjerat janji pulangan lumayan pelaburan tak wujud, warga emas rugi hampir RM1 juta
IPOH: Seorang warga emas kerugian hampir RM1 juta akibat diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud melalui media sosial.
Mangsa lelaki berusia 67 tahun itu terjerat selepas mempercayai janji akan meraih pulangan keuntungan 20 peratus dalam tempoh hanya setengah jam sekiranya melabur RM5,000.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, berkata terdahulu mangsa terpengaruh dengan iklan berkaitan pelaburan saham, ketika sedang melayari Facebook di rumahnya, di sini, 4 Disember lalu.
Katanya, warga emas itu kemudian menekan pautan diberikan seorang wanita sebelum mangsa dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp, selain diminta memuat turun satu aplikasi.
Beliau berkata, mangsa kemudian diperdaya oleh suspek untuk melakukan 16 transaksi pembayaran dalam talian ke tiga akaun bank berbeza membabitkan jumlah RM974,000.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
“Pada 11 Januari 2025 (kelmarin), warga emas itu membuat semakan dalam laman Google tetapi mendapati pelaburan berkenaan tidak wujud.
“Susulan itu, lelaki berkenaan tampil membuat laporan polis,” katanya.
Terjerat janji pulangan lumayan pelaburan tak wujud, warga emas rugi hampir RM1 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.