Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri

Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Jumaat ini dilihat akan memberi khabar amat baik kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Memberi bayangan itu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dijelaskan secara lanjut, namun ada berita amat baik menanti.

“Tidak boleh bocor rahsia, Insya-Allah ada berita baik untuk penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas sesi ‘clock in’ di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Terdahulu, Shamsul Azri mengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.54 pagi sebagai simbolik ‘clock-in’ memulakan tugas sebagai KSN yang ke-16.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perincian kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadual pada Oktober.
depan.

Pada 1 Mei lepas, beliau mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus dan merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

Minggu lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sehingga 42.7 peratus.

Kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah sekitar 13 peratus pada 2013. – KOSMO! ONLINE

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang

Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker