Isu ICERD kembali panas, Pengerusi Suhakam mahu kerajaan ratifikasi segera

 

Pengerusi Suhakam, Hishamudin Yunus berharap kerajaan akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dalam tempoh penggalnya.

Dia juga berharap kerajaan akan meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 sebelum penggal tiga tahunnya tamat pada Julai 2027.

“Juga perlu ada pemahaman yang lebih mendalam tentang hak asasi manusia oleh agensi kerajaan, dan dasar mesra hak asasi manusia,” kata bekas hakim Mahkamah Rayuan itu kepada Free Malaysia Today .

Malaysia adalah salah satu daripada dua negara majoriti Islam di dunia yang belum meratifikasi Icerd selain Brunei.

Icerd dimulakan oleh PBB pada tahun 1965 untuk menangani sikap tidak toleransi kaum di seluruh dunia tetapi di Malaysia, ia dianggap sebagai ancaman kepada “kontrak sosial”.

Pada 23 Nov 2018, kerajaan PH memutuskan untuk tidak meratifikasi Icerd. Ini diikuti dengan perhimpunan anti-Icerd di Kuala Lumpur pada 8 Dis, yang dihadiri kira-kira 80,000.

Sementara itu, Hishamudin turut berharap kerajaan dapat menyelia penyertaan Malaysia dalam beberapa konvensyen teras lain berkait hak asasi manusia pada peringkat antarabangsa.

Ini termasuk Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (CAT), Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya.

Hishamudin berkata, setiap masyarakat wajib menegakkan hak asasi manusia.

“Hanya melalui kesedaran seperti itu individu yang haknya dicabuli tahu bahawa mereka boleh mengemukakan aduan kepada Suhakam.

(Ini akan) membolehkan kami menjalankan siasatan yang relevan dan mengemukakan syor berkaitan kepada kerajaan atau badan berkenaan, katanya.

Dia sebelum ini menggesa kerajaan memohon maaf atas Ops Lalang pada 1987, yang menyaksikan penahanan lebih 100 aktivis, wartawan dan ahli politik pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pada 3 Julai, Hishamudin, 74, dinamakan sebagai pengerusi Suhakam untuk penggal tiga tahun.

Dia menggantikan pengerusi Suhakam sebelum ini, Rahmat Mohamad yang secara sukarela meletak jawatan berkuat kuasa pada 31 Ogos, yang menyebabkan jawatan itu kosong selama 10 bulan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang

Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker