Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
Kes Buli MRSM Balik Pulau
Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
GEORGE TOWN – Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Balik Pulau yang didakwa menjadi mangsa buli rakan sekelas terpaksa menerima 50 jahitan di muka akibat ditolak dari tangga dalam kejadian pada 25 Mei lalu.
Bapa mangsa, Chandran Veluppillai berkata, anaknya menerima jahitan di pipi, dahi serta hidung ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Bagaimanapun, kecederaan itu berlaku disebabkan cermin mata anaknya pecahnya akibat insiden ditolak kenalannya dari tangga asrama institusi berkenaan.
“Saya terima panggilan daripada pihak sekolah kira-kira pukul 11.40 malam memaklumkan kejadian selain mendakwa menghantar anak saya ke Hospital Balik Pulau bagi rawatan.
“Sementara menunggu kehadiran kami sekeluarga dari Kajang, Selangor saya meminta bantuan abang ipar yang menetap di Pulau Pinang memantau perkembangan anak di hospital tersebut.
“Anak saya kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 3 pagi untuk menerima jahitan berdasarkan kecederaan yang dialaminya agak parah,” katanya.
Tambah Chandran, anaknya dibenarkan pulang pada hari sama selepas pegawai perubatan selesai melakukan jahitan pada kesan luka di mukanya.
“Buat masa ini, anak saya masih dalam cuti sakit namun kami masih perlu dapatkan rawatan susulan memandangkan ada kesan darah beku di bahagian matanya selain perlu membuka semula jahitan dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya.
Mengulas lanjut, Chandran mendakwa, anaknya pernah mengadu secara lisan diganggu pelajar sama kepada salah seorang guru di institusi berkenaan sebelum insiden berkenaan berlaku.
“Bagi siasatan polis, saya serta anak sudah selesai rakam keterangan namun kami masih menunggu maklum balas lanjut daripada pihak sekolah memandangkan anak saya masih mahu meneruskan pengajian di institusi sama.
“Memang tak dinafikan saya ada minta anak tukar tempat pengajian tapi dia menolak kerana dia sangat suka belajar di sana tambahan pula abangnya turut belajar di institusi sama.
“Cuma saya harap pelajar yang terlibat dikenakan tindakan agar perkara sama tidak berulang bukan saja pada anak saya tapi pelajar lain juga,” katanya.
Terdahulu dilaporkan polis mengesahkan tangkapan seorang pelajar Tingkatan Dua MRSM Balik Pulau bagi membantu siasatan mendatangkan kecederaan parah terhadap rakan sekelasnya pada 25 Mei lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, hasil siasatan mendapati berlaku tolak-menolak antara suspek dengan mangsa berusia 14 tahun itu sebelum terjatuh dari tangga. MG
Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
Baca Artikel Menarik:
- Misteri Bezza FF2 terjawab
- Sokong calon DAP atau hilang kuasa, Umno diberitahu
- Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
- Kejatuhan ringgit membawa kebaikkan kepada ekonomi negara – Rafizi Ramli
- Tang mana ‘untold’?
- ‘Ah long bangang’ tersalah pecah kereta, serang rumah jiran
- PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?
- Shila Amzah dan Ubai sahkan akan bernikah tahun ini
- Lelaki bunuh dan makan daging warga emas, dihantar ke hospital mental
- Tikam rakan kerana skandal dengan isteri
- Baby Shima diminta ‘berehat’
- Tiz Zaqyah, Keith Foo bercinta?
- Dikecam bagi isteri beranak lagi, Ini jawapan balas Fizo Omar
- Zahid kata PAS jangan perasan, tiada siapa pelawa sertai Kerajaan Perpaduan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar
Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39
Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online