Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita

Minta peminat jaga sensitiviti bekas isteri

Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita

Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita
Sharnaaz takut berkongsi kisah cinta kerana bimbang tidak menjadi.
SEDANG berkawan rapat dengan seseorang, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun mengakui malu untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka.Kata Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, selain faktor usia semakin meningkat dia juga bimbang jika hubungan yang dibina kali ini tidak berakhir dengan baik.”Memang saya ada berkawan dengan seseorang. Tetapi saya tak mahu jadi macam kisah sebelum ini dengan terlalu bercerita soal peribadi.

Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita
Sharnaaz mengharapkan wanita yang rapat dengannya dapat memahami status sebagai seorang duda.

“Saya akan cerita bila sudah betul-betul sah nanti. Usia sekarang pun semakin meningkat, jadi segan nak bercerita. Biarlah artis muda kongsi kisah peribadi mereka pula, saya dah rasa semua itu dahulu,” katanya kepada mStar.

Sharnaaz ditemui ketika sidang media dan majlis berbuka puasa filem terbaharu lakonannya iaitu Polis Evo 3 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pernah berdepan fasa kegagalan dalam rumah tangga, Sharnaaz berkata dia mahu mencari kesempurnaan dalam perhubungan selepas ini.

Dia bagaimanapun enggan terlalu meletakkan harapan tinggi kerana percaya setiap manusia ada kekurangan tersendiri, malah dirinya juga belum cukup sempurna.

Baca Artikel Menarik:


“Apabila bergelar duda, dah jadi macam penyakit apabila kita mencari kesempurnaan pada pasangan baharu. Saya sendiri sedar diri ini tidak sempurna. Rasa takut hubungan kali ini tak menjadi sebab salah sendiri.

“Saya pun kenalah sedar diri sendiri. Saya pernah berkahwin dan juga pernah melakukan kesilapan,” ujarnya.

Biarlah artis muda kongsi kisah peribadi mereka pula, saya dah rasa semua itu dahulu SHARNAAZ AHMAD – PELAKON

Dalam pada itu, Sharnaaz memohon orang ramai agar menjaga sensitiviti bekas isterinya iaitu Noor Nabila apabila ada yang meninggalkan komen mahu mereka kembali bersama.

“Walaupun doa itu yang baik-baik, kenalah fikir sensitiviti. Dia masih isteri orang. Kena fikir soal suaminya juga.

Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita
Sharnaaz dan Nabila terus mengekalkan hubungan baik membesarkan anak mereka.

“Saya dan Nabila sekarang bagaikan satu pasukan dan fokus kami hanya untuk membesarkan anak bersama.

Baca Artikel Menarik:

“Kami tidak mahu anak merasakan kurang kasih sayang ibu bapa,” jelasnya.

Untuk rekod Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mereka sah bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Sharnaaz Ahmad Minta Peminat Hormati Status Noor Nabila

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker