Kelantan tunggu bantuan RM1.3 billion dari pusat atasi masalah air
Kerajaan negeri belum menerima sebarang perkhabaran atau respon berhubung permohonan mereka mendapatkan geran RM1.3 bilion daripada Putrajaya dalam usaha menyelesaikan masalah bekalan air.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Azami Mohd Nor, berkata kerajaan negeri mengemukakan permohonan terbabit sejak Jan 2021 lagi bagi menampung kos menukar paip baru sepanjang 4,006 kilometer (km).
“Setakat ini belum ada (maklum balas) berkait permohonan itu, cuma setakat ini kita (kerajaan negeri) buat kerja menggunakan peruntukan melalui pinjaman Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
“Tahun ini diluluskan peruntukan sebanyak RM68 juta untuk kita tukar paip sepanjang 106km dan proses ini sedang berjalan,” katanya.
Tambah Azami kerajaan negeri sangat berharap permohonan bernilai RM1.3 bilion itu diberi perhatian dan diluluskan melalui Belanjawan 2023 nanti.
Menurutnya dia juga berjumpa beberapa kali dengan Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala Menteri Besar Ahmad Yakob berbincang dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Hal itu katanya masih dalam perbincangan.
Azami berkata demikian kepada media selepas menghadiri sidang DUN di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.
Mengulas lanjut Adun Kadok itu berkata kerja-kerja menukar paip lama juga akan mengambil masa panjang kerana membabitkan banyak agensi.
Selain peruntukan besar itu, katanya, kerajaan negeri juga perlukan satu persefahaman yang baik dengan semua pihak untuk kerja-kerja menukar paip berkenaan.
“Kerja-kerja menukar paip lama yang uzur ini akan membabitkan banyak agensi antaranya seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi utiliti berkaitan kerana sebahagian paip ini kedudukannya di bawah jalan raya,” katanya.
Sementara itu Azami memberitahu, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) merekodkan sekitar 52 peratus air tidak terhasil (NRW) antara lain berpunca daripada kebocoran paip-paip lama.
“Ini bermakna kalau kita keluarkan air 100 peratus yang sampai kepada rakyat (pengguna) sebanyak 48 peratus saja.
“Yang lain hilang di tengah jalan misalnya kerana paip-paip bocor, jadi ia merugikan,” jelasnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib