Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah

Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah

PELAKON dan pengacara Mira Filzah meluahkan rasa simpati kepada bakal jemaah haji yang menjadi mangsa ‘scam’ dan ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

Semalam, sebanyak 380 orang bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mira, 29, turut meluahkan rasa marah dah kecewa menerusi Insta Stories miliknya baru-baru ini terhadap agensi berkenaan yang sanggup melakukan perkara terkutuk itu.

“Allahuakbar.. Marah dan sedihnya. Bukan semua orang hidup senang, ada yang berpuluh tahun kumpul duit untuk pergi haji,” luahnya.

Tambah pelakon drama Cinta si Wedding Planner itu, ada individu menggunakan wang persaraan untuk menampung perjalanan ke Tanah Suci.

“Ada mak cik dan pak cik guna duit simpanan atau pencen yang sudah berpuluh tahun untuk pergi haji…. Agensi ini menipu?

“Saya hilang kata-kata. Tidak ingat Tuhan ke orang macam ini? Allahuakabar,” tambahnya.

Untuk rekod, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 Mei 2020.

Hasil perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Wan Khair Amir Wan Emir Astar yang dilahirkan pada 10 Mei lalu. Utv

Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker