Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib

Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib

Dalam sistem demokrasi, pilihan raya adalah proses penting.

Ia memberikan kuasa kepada rakyat.

Rakyat berkuasa menaikkan atau menukar sebuah kerajaan.

Rakyat berkuasa menentukan halatuju sesebuah negara, negeri atau kawasan.

Rakyat berkuasa membuat pilihan mengikut tawaran yang ada.

Malam ini saya bersama sahabat seperjuangan BN.

Kami semua pernah melalui pelbagai cabaran dan rintangan.

Ada yang meninggalkan perjuangan kami demi keselesaan di detik paling rendah kami.

Ada yang menindas kami kerana perbezaan fahaman di masa mereka berkuasa.

Ada yang pilih meniru kami, dari nama ke warna baju.

Tetapi ada perbezaannya.

Perbezaannya ialah tawaran yang kami BN dan ‘original biru’ bawakan.

Kestabilan. Kemakmuran. Kemajuan.

Dan rekod kami jelas.

Kehidupan kami pada satu ketika dahulu boleh dirumuskan sebagai pembangunan berkebajikan.

Bandingkan dengan pentadbiran parti-parti gabungan lain selepas 2018.

Kini, keputusan di tangan rakyat.

Pilihan raya negeri Melaka menjadi pembuka tirai kepada PRU15 dan penentuan masa depan Malaysia.

Semoga Allah SWT memberkati bumi dan rakyat Malaysia semua.

NAJIB RAZAK

Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker