Malam tanpa tidur bermula, Euro 2020 buka tirai awal pagi esok
Malam tanpa tidur bermula, Euro 2020 buka tirai awal pagi esok
PEMINAT bola sepak seluruh dunia bakal disajikan dengan aksi-aksi menarik bintang terkemuka dunia dalam kejohanan Euro 2020 yang akan membuka tirainya awal pagi esok.
Walaupun setahun ditangguhkan akibat penularan COVID-19, namun kemeriahan kejohanan Eropah itu tetap dirasai sehingga ke Malaysia.
Hari-hari tanpa tidur peminat setia bola sepak seluruh negara bermula dengan perlawanan pertama memperlihatkan Itali bakal menentang pasukan di ranking ke 29 dunia, Turki.
Lebih menarik, pertemuan kedua-dua pasukan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 3 pagi itu hadir sejurus selepas perlawanan penting Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Vietnam.
Buat pertama kalinya, kejohanan kali ke-16 yang bermula sejak tahun 1960 itu akan dianjurkan di 11 lokasi seluruh benua Eropah – dari Baku, Azerbaijan hingga ke Seville, Sepanyol.
Stadium Wembley di England pula dipilih bagi perlawanan Separuh Akhir dan Akhir.
Selain itu, kejohanan berprestij kali ini juga bakal memperkenalkan video bantuan pengadil (VAR).
Tumpuan pastinya terarah kepada pasukan berstatus bintang termasuk Perancis, Jerman, Belgium, England, Sepanyol dan juga juara bertahan, Portugal yang menampilkan ‘superstar’.
Perancis yang ketika ini menghuni tangga kedua dunia tentunya mahu ‘membalas dendam’ terhadap Portugal selepas tewas dengan jaringan tunggal Eder dalam edisi sebelum ini.
Namun begitu, kedua-dua pasukan itu bakal bertemu lebih awal kali ini kerana diundi dalam kumpulan F yang juga disifatkan sebagai ‘kumpulan maut’ bersama-sama Jerman dan Hungary.
Dengan menampilkan ramai pemain berpengalaman dan ‘wonderkid’ seperti Kylian Mbappe, Paul Pogba serta Raphael Varane, Euro 2020 ini dilihat peluang terbaik Les Bleus menebus kehampaan.
Namun begitu, Portugal juga bukan pasukan kaleng-kaleng. Khidmat Cristiano Ronaldo masih lagi berbisa sekali gus boleh menambah kekuatan A Selecao di samping bintang Manchester United, Bruno Fernandes.
Berbanding Perancis dan Portugal, Jerman mungkin dilihat hanya pasukan ketiga terkuat dalam Kumpulan F.
Walau bagaimanapun, kepakaran Joachim Loew yang bakal membimbing Die Mannschaft buat kali terakhir dalam Euro 2020 ini tentu memberi pengaruh lebih besar.
Nama-nama seperti Mats Hummels, Serge Gnabry, Kai Havertz dan Thomas Muller sememangnya bakal memberi ancaman besar kepada lawan.
Bekas juara Euro 2008 dan 2012, Sepanyol juga tidak wajar dilupakan walaupun tanpa seorang pun pemain Real Madrid dalam kejohanan kali ini.
La Roja yang ketika ini dibimbing bekas legenda Barcelona, Luis Enrique menampilkan pemain muda dan kurang berpengalaman termasuk Pedri dari Barcelona dan bintang meningkat naik Manchester City, Ferran Torres.
Siapa bakal jadi ‘Raja Eropah’? Gergasi mana akan tersungkur?
Semuanya akan terjawab bermula awal pagi esok sehingga 11 Julai nanti. Utv
Malam tanpa tidur bermula, Euro 2020 buka tirai awal pagi esok
Baca Artikel Menarik :
- Jantan Pakistan ‘Celaka’ didakwa lakukan amang seksual terhadap budak lelaki 8 tahun
- Tidak perlu dilihat bodoh, inilah sebab mengapa WANITA begitu istimewa di sisi Allah
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET