Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Terlajak Sedap
Jom layan resepi simple nasi goreng ikan masin yang digunakan hari ini tetapi bila makan memang akan tambah kerana terlajak sedap.
Jangan tunggu lagi segera ke dapur dan mula masaknya.
Resepi Nasi Goreng Ikan MasinBahan bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
1/2 biji bawang besar Holland – hiris
2 keping isi ikan masin
5-6 tangkai cili api – ketuk
3 biji telur
Sayur sawi
Sos sotong
Garam
Serbuk lada sulah
Cara cara:
Panaskan minyak sehingga kelihatan berasap. Tumis bawang besar dan cili api yang diketuk sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau lagi.
Ketepikan bawang dan masukkan ikan masin dan goreng sehingga ikan garing. Masukkan cili padi ketuk. Hancurkan ikan.
Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Tutup api dan kacau telur sehingga masak. Buka api semula.
Masukkan daun sawi dan nasi. Dikacau rata.
Satukan sos sotong, garam dan lada sulah. Tuang ke atas nasi. Kacau rata.
Sedia untuk dihidangkan
Azie Kitchen