Trend wanita bekukan sel telur ketika musim Covid-19
LONDON – Penularan wabak Covid-19 mencetuskan trend membekukan sel telur dalam kalangan wanita di Britain, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Sebuah klinik kesuburan di London, Care Fertility menyatakan, permintaan prosedur pembekuan sel telur wanita di klinik tersebut meningkat tiga kali ganda tahun lalu berbanding 2019.
Klinik yang merupakan salah satu pusat kesuburan terbesar di Britain itu melaporkan kenaikan 11 peratus jumlah wanita yang menjalani prosedur itu setiap bulan di London.
Menurut beberapa pakar, kesukaran untuk mengadakan temu janji ketika musim Covid-19 menjadikan kaum wanita bimbang usia mereka akan melepasi had terbaik untuk melahirkan anak dan memulakan keluarga.
Pengarah Embiriologi Care Fertility, Dr. Allison Campbell, berkata, wanita berusia pertengahan 30-an di zaman koronavirus semakin gelisah dengan kemungkinan sel telur mereka akan tamat tempoh ketika menunggu keadaan kembali normal.
“Mereka berasa ragu-ragu untuk keluar berseronok dan bertemu calon pasangan ketika musim pandemik dan cenderung memilih membekukan sel telur sehingga mereka bersedia untuk hamil,” katanya.
Kos prosedur tersebut adalah sekitar £3,350 (RM19,152) . Agensi
You must be logged in to post a comment.