Kotornya Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang , Indah Khabar Dari Rupa…Di Mana MBPP ?
Pulau Pinang adalah antara wajah Malaysia yang terkenal dengan budaya dan makanan yang enak. Tidak lupa juga pemandangan pantai dan bukit bukau yang terdapat di sana telah berjaya menarik puluhan ribu pelancong setiap tahun.
Namun dalam satu bandar yang membangun, pasti ada kisah gelap yang tercoret di lorong-lorong yang tidak mendapat perhatian rakyat Malaysia. Dan itulah yang cuba disampaikan oleh Hahn Zulkifli, seorang pencipta kandungan daripada Pulau Pinang, yang mengfokuskan kerjanya dengan bercerita mengenai kemanusiaan.
“Sampai saja saya di laluan masuk, luluh hati saya melihat situasi yang saya tak jangka akan lihat di Malaysia. Gelap, depresif dan klaustrafobik. Laluan kanan-kiri penuh dengan sampah dan limpahan air dari tingkat atas. Lorong-lorong kaki lima gelap dan berbau hanyir.
“Terdapat 3 lif dan yang berfungsi cuma satu. Lif yang berfungsi itu hanya boleh sampai ke beberapa tingkat disebabkan butang lif sudah rosak. Semua terpaksa berhimpit dalam lif dan yang paling gerun adalah kita boleh dengar bunyi tali lif bergesek menarik naik penumpang,” katanya kepada The Vocket.
Katanya, situasi ini tak tumpah seperti Kowloon city yang dia pernah tengok dalam foto-foto lama, ironinya tempat ini masih wujud dan begitu dekat dengan kita.
PEJALAN KAKI MELALUI SATU-SATUNYA LALUAN MASUK KE FLAT YANG ROSAK AKIBAT MENDAPAN
TANGGA TANPA PEMEGANG AKIBAT KARAT DAN REPUT, KEMUDIANNYA DICABUT DAN DIJUAL SEBAGAI BESI BURUK.
PENDUDUK MENUNGGU PENJAGA LIF UNTUK TOLONG MENUTUP PINTU LIF SECARA PAKSA AKIBAT LEBIH MUATAN.
LALUAN KAKILIMA DITUTUP DENGAN TARPAN/BANNER UNTUK MENGELAK AIR LIMPAHAN DARI TINGKAT ATAS TERTEMPIAS MASUK KE LALUAN RUMAH
HANYA SATU LIF BOLEH DIGUNAKAN DAN RUANG MENUNGGU DALAM KEADAAN YANG GELAP
SAMPAH-SAMPAH DIBUANG TERUS KE BAWAH MENYEBABKAN LAMBAKAN SAMPAH DI LANTAI ARAS BAWAH

LALUAN TANGGA SENTIASA BASAH, GELAP DAN BERBAU.
LALUAN DARI LIF KE KAKILIMA GELAP DAN PENUH DENGAN CONTENGAN AMARAN AGAR TIDAK MEMBUANG SAMPAH
KANAN DAN KIRI KAKI LIMA DITUTUP DENGAN TARPAN/ BANNER BAGI MENGELAK AIR LIMPAHAN ATAS TERTEMPIAS MASUK.
SERPIHAN MERCUN DAN SAMPAH YANG DIBUANG DARI ATAS SELEPAS SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI.
Ketika ditanya, apakah harapannya untuk orang-orang di kawasan ini. Dia menjawab, “Harapan saya semoga penguasa tidak berputus harap pada golongan ini. Semoga masyarakat tidak berprasangka negatif. Masyarakat kita adalah cerminan kepada kita sendiri.
“Dan semoga mereka yang terperangkap dalam kemiskinan dapat melonjak keluar dari lohong kemiskinan,” katanya – TheVocket.com
Malaysia lebih teruk di bawah PH berbanding zaman gelap, kata pemimpin PAS