DUN Rantau: Tok Mat Hasan Sah Bertanding Dua Penjuru

DUN Rantau: Tok Mat Hasan Sah Bertanding Dua Penjuru

DUN Rantau: Tok Mat Hasan Sah Bertanding Dua Penjuru

REMBAU, 18 Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan sah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas proses penamaan calon selesai.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat Hasan akan mempertahankan kerusi DUN Rantau diperuntukkan nombor dua pada kertas undi dalam pertandingan dua penjuru.

 

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi DUN N27 Rantau, Mohd Zamri Mohd Esa, berkata pihaknya menerima kertas penamaan calon pada jam 9.09 pagi dan semua proses penerimaan berjalan mengikut peraturan serta tempoh yang ditetapkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa notis pilihan raya yang mengandungi maklumat pusat-pusat mengundi akan diwartakan dan dipamerkan di semua pusat mengundi yang telah ditetapkan bagi memudahkan urusan pengundi pada hari pengundian nanti.

Sementara itu bagi N26 Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris akan mempertahankan kerusi DUN Chembong diperuntukkan nombor dua pada kertas undi dalam pertandingan dua penjuru.

DUN Rantau: Tok Mat Hasan Sah Bertanding Dua Penjuru

Dalam pada itu, N28 Kota memperlihatkan pertandingan tiga Penjuru. Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Aini diperuntukkan nombor tiga pada kertas undi dalam pertandingan tiga penjuru.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka Diluluskan, Terus Perkukuh Tadbir Urus


DUN Rantau: Tok Mat Hasan Sah Bertanding Dua Penjuru

Untuk rekod, DUN Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-15 pada 2023, Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 daripada 36 kerusi DUN, diikuti BN dengan 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) lima kerusi. – UMNO Online

DUN Rantau: Tok Mat Hasan Sah Bertanding Dua Penjuru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker