Lelaki dibaham buaya semasa baiki perahu

Lelaki dibaham buaya semasa baiki perahu

Lelaki dibaham buaya semasa baiki perahu
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu dibaham seekor buaya semasa membaiki perahu pada waktu pagi. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki dipercayai maut selepas dibaham seekor buaya ketika membaiki perahu bersama rakan-rakannya di sebatang sungai di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.53 pagi (waktu tempatan) di Desa Teluk Bentung, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan keempat-empat lelaki itu turun ke dalam sungai sebelum salah seorang daripada mereka dibaham buaya.

Tiga rakannya bergegas naik dan memanggil nama mangsa yang hilang dari permukaan air. Peralatan TV & Video

Pasukan penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian itu dan sedang mengesan mangsa yang hilang.

Penduduk tempatan dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada semasa melakukan sebarang aktiviti di sekitar kawasan sungai. – AGENSI

Lelaki dibaham buaya semasa baiki perahu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker