Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik

Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik

Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menegaskan bahawa media ditugaskan untuk melaporkan berita berdasarkan fakta, bukannya berkempen untuk parti politik.

Ini kerana katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi mendakwa media gagal membuat liputan mengenai kejayaan negeri tersebut dan sentiasa dizalimi ketika bertemu dengan para pelajar di Kaherah, Mesir.

“Saya ingin memberi respons terhadap kenyataan dilaporkan oleh unit media Pejabat Menteri Besar Kedah melalui UPDA yang memetik laporan media luar negara. Difahamkan Menteri Besar Kedah kini berada di Kaherah, Mesir untuk bertemu pelajar-pelajar Malaysia di sana. Namun amat mendukacitakan apabila para pelajar ini disajikan dengan naratif yang tidak berasaskan fakta sebenar.

“Naratif yang dibawa seolah-olah menggambarkan Kerajaan Negeri Kedah sentiasa dizalimi, malah media pula dipersalahkan kononnya gagal membuat liputan yang adil terhadap kejayaan-kejayaan dicapai oleh kerajaan negeri. Hakikatnya, saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang tidak wajar dan mengundang persoalan.

“Apabila fakta dan data disemak, jawapan yang sering diberikan oleh Menteri Besar adalah mudah iaitu menyalahkan media kerana dikatakan tidak adil dan tidak melaporkan kejayaan kerajaan negeri. Perlu ditegaskan bahawa tugas media adalah melaporkan berita berdasarkan fakta, bukan bertindak sebagai jentera kempen mana-mana parti politik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal


“Jika sesuatu pencapaian itu benar-benar kukuh dan berasaskan data yang sah, tidak timbul keperluan untuk bersikap defensif apabila media mengemukakan soalan,” katanya menerusi satu hantaran video di laman TikToknya.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, angka dan fakta yang dikeluarkan oleh Sanusi adalah tidak selari.

“Isu yang timbul bukanlah soal media dengki atau bersikap negatif, sebaliknya apabila angka dan fakta yang dibentangkan tidak selari dengan data rasmi. Apa yang dipaparkan hanyalah naratif manis, namun apabila diteliti dari sudut fakta dan statistik, keadaannya jauh berbeza.

“Sebagai contoh, dakwaan bahawa Kedah menerima pelaburan asing berjumlah RM178 bilion dari tahun 2020 hingga 2025 menimbulkan persoalan yang sangat mudah. Di manakah laporan rasmi MIDA? Di manakah pengesahan daripada MITI? Di manakah laporan ekonomi negeri yang menyokong angka tersebut? Sehingga kini, saya tidak melihat sebarang dokumen rasmi yang mengesahkan dakwaan berkenaan. Berdasarkan data rasmi disemak, jumlah sebenar pelaburan adalah jauh lebih rendah daripada angka yang diuar-uarkan oleh beliau.

“Selain itu, saya juga ingin menegur dakwaan bahawa pada tahun 2022 sahaja Kedah menerima pelaburan sebanyak RM68 bilion. Media telah melaporkannya pada tahun sebelumnya kerana fakta yang dikemukakan adalah tidak tepat. Angka RM68 bilion tersebut merujuk kepada tahun 2021, bukannya 2022. Data rasmi menunjukkan bahawa pada tahun 2022, jumlah keseluruhan pelaburan yang berjaya direkodkan di Kedah hanyalah sebanyak RM13.1 bilion.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


“Persoalannya, bagaimana media boleh melaporkan dengan tepat sekiranya angka dan fakta yang diberikan sendiri tidak betul? Inilah perkara pokok yang menjadi masalah. Amat mendukacitakan apabila pelajar-pelajar kita di luar negara diberikan maklumat yang mengelirukan,” katanya lagi.

Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak menilai kejayaan berdasarkan angka besar semata-mata, sebaliknya mahu melihat hasil yang benar-benar dirasai dalam kehidupan seharian.

“Dengan segala angka pelaburan yang diumumkan, persoalan utama rakyat ialah apa yang telah berlaku setakat ini. Siapa yang telah mendapat pekerjaan, berapa peluang pekerjaan yang diwujudkan dan bila kesan pelaburan itu boleh dinikmati oleh rakyat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kejayaan yang sebenar perlu diukur berdasarkan impak langsung kepada ekonomi rakyat dan pembangunan setempat, bukannya sekadar pengumuman angka pelaburan yang masih berada di atas kertas.

“Rakyat tidak menolak kejayaan, malah kita wajar mengiktiraf sebarang usaha yang membawa kebaikan kepada negeri. Namun kejayaan itu perlu disampaikan secara jujur, tepat dan bersandarkan data rasmi agar tidak mengelirukan mana-mana pihak, termasuk pelajar-pelajar kita di luar negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa peranan media perlu dihormati sebagai institusi yang menyampaikan maklumat kepada rakyat berdasarkan fakta dan data yang sahih.

“Media tidak boleh dipersalahkan hanya kerana mereka melaporkan fakta yang tidak selari dengan naratif tertentu. Jika data itu betul dan kukuh, ia akan bercakap dengan sendirinya,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua pihak lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat demi memastikan kepercayaan terhadap institusi dan pentadbiran negara terus terpelihara. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman



Tugas Media Lapor Berita Berdasar Fakta, Bukan Berkempen Untuk Parti Politik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 



 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker