Skandal Lebuh Raya: SPRM temui gedung arak mewah dalam serbuan 6 rumah dikaitkan Tan Sri
Skandal Lebuh Raya: SPRM temui gedung arak mewah dalam serbuan 6 rumah dikaitkan Tan Sri

KUALA LUMPUR: Gedung simpanan pelbagai jenis arak bermutu tinggi. Itu yang ditemui sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menyerbu sebuah lagi kediaman mewah milik seorang Tan Sri ternama.
Ia adalah antara enam rumah mewah yang diserbu SPRM hari ini dalam siasatan kes tuntutan palsu dan salah guna bon pinjaman bagi pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang.
BH difahamkan, koleksi arak yang ditemui dalam sebuah rumah kondominium mewah itu terlalu banyak dan dikatakan setiap satunya berjenama mewah serta bernilai tinggi.
Minuman itu juga disimpan di dalam sebuah ‘chiller’ yang dibina khas di tingkat bawah rumah berkenaan.

Malah, kondominium itu turut dilengkapi sebuah bar alkohol tersendiri untuk menghidangkan minuman berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
Sementara itu, sumber berkata, enam unit kediaman mewah serta sebidang tanah lot dianggarkan bernilai kira-kira RM12 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.
“Menerusi penggeledahan ini, Bahagian Siasatan SPRM menyita enam kediaman mewah serta sebidang tanah lot yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM12 juta dan turut menemui kuda bernilai ratusan ribu ringgit yang disyaki dibeli menggunakan wang sukuk,” katanya.
Dalam perkembangan sama, sumber berkata, Tan Sri terbabit dan isterinya juga dipanggil untuk dirakam percakapan hari ini.
Lelaki kenamaan itu bagaimanapun tidak hadir atas alasan masalah kesihatan.
“SPRM dijangka akan memanggil antara 30 hingga 50 orang saksi untuk membantu siasatan, selain meneruskan usaha mengesan aset milik Tan Sri dan isterinya di dalam dan luar negara,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
BH turut menghubungi Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM untuk mengesahkan serbuan dan rampasan aset itu.
“Semua barang dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001,” katanya.
Semalam, BH melaporkan pelbagai aset termasuk tas tangan berjenama, barangan kemas, kereta mewah dan wang tunai bernilai RM32 juta disita daripada seorang Tan Sri yang disiasat SPRM dalam kes tuntutan palsu dan salah guna bon pinjaman bagi pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang.
Dalam serbuan itu, SPRM menyita sembilan unit kenderaan mewah seperti Bentley, Mercedes-Benz dan Range Rover bernilai hampir RM7 juta.
Agensi berkenaan turut menyita 217 unit jam tangan mewah pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta, 27 unit tas tangan bernilai lebih RM1 juta dan barangan kemas bernilai lebih RM4 juta.
Malah, SPRM turut menemui sebuah stor simpanan pelbagai jenis minuman beralkohol mewah di salah sebuah kediaman yang dipercayai bernilai kira-kira RM3 juta.
Skandal Lebuh Raya: SPRM temui gedung arak mewah dalam serbuan 6 rumah dikaitkan Tan Sri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.