Anwar saksi Manchester United tewas kepada Asean All-Stars
Anwar saksi Manchester United tewas kepada Asean All-Stars

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa daripada jadual padatnya untuk menyaksikan aksi perlawanan persahabatan pasca musim antara kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dan Asean All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kehadiran Anwar menyerikan suasana pertandingan yang dikenali sebagai Piala Cabaran Maybank yang menarik lebih 72,500 penyokong dari dalam dan luar negara.
Anwar, penyokong setia The Red Devils, hadir dengan mengenakan jersi Asean All-Stars serta jaket Manchester United sebagai tanda sokongan kepada kelab kegemarannya dan bola sepak serantau.
Beliau turut diiringi Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan sempat bersalaman serta menyapa barisan kesebelasan utama kedua-dua pasukan sebelum sepak mula menambah kemeriahan serta signifikan majlis berkenaan.
Pada majlis itu, Anwar turut menerima replika cek bernilai RM1 juta daripada Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF), Mejar Jeneral Khiev Sameth, untuk disumbangkan kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Anwar kemudian menyaksikan perlawanan yang menampilkan bintang-bintang Red Devils seperti Andre Onana, Harry Maguire, Rasmus Hojlund, Carlos Casemiro, Diogo Dalot dan Bruno Fernandes mempamerkan aksi bertenaga di bawah bimbingan Ruben Amorim.
Pasukan Asean All-Stars, yang dibarisi pemain dari negara anggota AFF termasuk Australia, dikendalikan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Sang-sik, yang baru-baru ini membawa Vietnam muncul juara Kejohanan Asean, manakala penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Sergio Aguero, bertindak sebagai ketua pasukan.
Kejutan berlaku apabila Asean All-Stars menundukkan Manchester United 1-0 hasil jaringan Maung Maung Lwin dari Myanmar pada minit ke-72, sekali gus menambah derita kelab itu selepas musim mengecewakan di EPL.
Sebaik perlawanan tamat, Anwar menyampaikan pingat dan trofi kepada pemain.
Pertemuan malam ini juga menandakan kemunculan semula Manchester United ke Malaysia sejak kali terakhir pada jelajah pramusim 2009, apabila mereka menewaskan Malaysia XI 3-2 dan 2-0 masing-masing pada 18 dan 20 Julai di venue sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Manchester United, yang menamatkan saingan EPL di tangga ke-15 dengan hanya 42 mata, akan meneruskan siri jelajah pasca musim mereka ke Hong Kong, Jumaat ini.
Anwar saksi Manchester United tewas kepada Asean All-Stars
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.