Ronaldo gertak Al Nassr

Ronaldo gertak Al Nassr

Ronaldo gertak Al Nassr
RONALDO masih gagal menamatkan kemarau kejuaraan Al Nassr. FOTO Reuters

Riyadh: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilapor membuat beberapa tuntutan besar untuk lanjutan kontraknya bersama Al Nassr, termasuk penggantian ketua jurulatih Stefano Pioli, pengarah sukan dan hampir separuh daripada skuad utama kelab itu.

Ronaldo dikatakan tidak berpuas hati dengan pendekatan taktikal Pioli yang didakwanya kurang berdaya saing.

Walaupun mempunyai kerjaya kejurulatihan selama 22 tahun, Pioli hanya memenangi satu gelaran utama, iaitu Serie A musim 2021–2022 bersama AC Milan.

Sejak mengambil alih Al Nassr pada September 2024 menggantikan Luis Castro, jurulatih dari Itali itu masih belum meraih sebarang trofi.

Penyerang berusia 40 tahun itu mendesak perubahan menyeluruh dalam kepimpinan kelab, dengan meminta pelantikan barisan kejurulatihan baharu berpangkalan di Eropah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


Beliau juga mahu pengarah sukan Fernando Hierro digantikan dengan individu yang mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi serta kuasa penuh terhadap keputusan perpindahan pemain.

Menurut laporan daripada Okaz, tuntutan Ronaldo dianggap munasabah dari segi kewangan.

Pendapatan tahunan Al Nassr dianggarkan boleh melebihi AS$213 juta (RM920 juta), setaraf dengan 30 kelab teratas di Eropah.

Ronaldo juga mencadangkan rombakan besar terhadap skuad semasa. Beliau dilapor mahu kelab melepaskan penjaga gol Bento, pertahanan Aymeric Laporte, pemain tengah Angelo Gabriel dan penyerang Wesley.

Antara pemain antarabangsa, beliau hanya mahu mengekalkan pertahanan tengah Mohamed Simakan, pemain tengah Otavio, Marcelo Brozovic, serta penyerang Sadio Mane dan Jhon Duran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


Bagi pemain tempatan, Ronaldo mencadangkan agar mereka yang tidak mencapai standard dilepaskan atau dijual.

Bajet perpindahan Al Nassr dianggarkan sekitar AS$80 juta (RM345 juta), jumlah sederhana berbanding kelab elit Eropah.

Pasukan itu mungkin mempertimbangkan untuk menguatkan skuad dengan mendapatkan ejen bebas berprofil tinggi termasuk Kevin De Bruyne dan Leroy Sane, yang kedua-duanya akan tamat kontrak musim panas ini.

Namun, kedua-dua pemain dilaporkan masih mengutamakan bola sepak di peringkat tertinggi di Eropah.

Kontrak semasa Ronaldo bersama Al Nassr akan tamat pada penghujung musim ini.

Walaupun sebelum ini menyatakan minat untuk melanjutkan sehingga 2026, dia mungkin mempertimbangkan semula jika tuntutannya tidak dipenuhi.

Jika berpuas hati, Ronaldo berkemungkinan besar akan melanjutkan kontraknya sehingga musim panas 2027.

Sejak menyertai Al Nassr pada Januari 2023, Ronaldo beraksi dalam 16 kejohanan namun hanya memenangi satu trofi rasmi, iaitu Piala Juara-Juara Kelab Arab, yang diiktiraf oleh Fifa.

Ronaldo gertak Al Nassr

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker