Ramasamy dijangka dituduh 17 kes pecah amanah RM850,000 esok
Ramasamy dijangka dituduh 17 kes pecah amanah RM850,000 esok

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy, dijangka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah, esok.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara itu kepada New Straits Times (NST), hari ini.
“Pertuduhan itu berkait perolehan pedati bersalut emas pada 2017 serta bantuan kebajikan yang diagihkan melalui Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB),” katanya.
Disember lalu, Ramasamy meluahkan rasa kecewa selepas dihalang daripada meninggalkan negara oleh SPRM, sekali gus menghalangnya daripada menghadiri satu acara di Aceh.
Bekas Setiausaha Agung DAP itu dijadual menerima anugerah keamanan daripada Wali Nanggroe Aceh, ketua negeri wilayah separa autonomi Indonesia berkenaan, sebagai pengiktirafan atas usahanya menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara kerajaan pusat dan kumpulan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Namun, rancangan perjalanannya tergendala akibat siasatan terhadap PHEB, di mana beliau pernah menjadi pengerusi.
Walaupun mengakui siasatan terhadap PHEB sedang berjalan, Ramasamy berkata beliau tidak pernah dihubungi atau disoal siasat berhubung perkara itu.
Sementara itu, sumber SPRM dan Jabatan Peguam Negara memberitahu FMT bahawa Ramasamy dijangka berdepan 17 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM850,000.
Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Tiga belas pertuduhan dipercayai berkaitan pemerolehan pedati bersalut emas oleh PHEB, semasa Ramasamy berkhidmat sebagai pengerusi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Empat lagi pertuduhan dikatakan membabitkan pembayaran amal yang dibuat kepada pihak luar, yang mana dua dikaitkan dengan tajaan pendidikan dan baki dua lagi untuk perbelanjaan perubatan.
Ramasamy dijangka dituduh 17 kes pecah amanah RM850,000 esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.