Bekas pemain Perak FC buka kedai gunting rambut

Bekas pemain Perak FC buka kedai gunting rambut

Bekas pemain Perak FC buka kedai gunting rambut
SUNIL (belakang kiri) ketika majlis pembukaan kedai rambut nya bersama rakan-rakan yang lain.

Kuala Lumpur: Dahulu lincah di atas padang namun sekarang bekas pemain Perak FC, Sunil Caven a/l Chandran giat melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Dengan situasi bola sepak tempatan yang tidak menentu dan isu gaji tiada kesudahan membuatkan Sunil yang juga bekas pemain sayap kiri Bunga Raya Damansara FC membuka kedai gunting rambut untuk menambahkan pendapatan.

Pemain berusia 25 tahun itu yang pernah beraksi bersama kelab Liga Super seperti Perak FC, Petaling Jaya City dan PKNS mengambil langkah awal untuk menjamin masa depan dengan membuat ‘duit sendiri’.

Sunil kini berjaya membuka kedai gunting rambut Balrcutz yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya bersama rakan baiknya, Sachin Samuel yang juga bekas pemain PKNS dan Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, idea untuk membuka kedai gunting rambut ini muncul secara spontan. Saya dan Sachin memang selalu berbincang tentang idea bisnes.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


“Suatu hari, ketika saya potong rambut, dia mesej tanya sama ada saya berminat nak buka kedai. Masa tu saya anggap ia sekadar gurauan,” kata Sunil sambil tersenyum.

Hakikatnya, industri bola sepak di Malaysia semakin mencabar terutamanya isu gaji lambat dibayar atau tertunggak yang menjejaskan pendapatan pemain.

“Masalah gaji makin meruncing. Apabila usia makin meningkat, tekanan untuk mendapatkan pendapatan tetap semakin terasa.

“Saya hanya mahu terus bermain bola dengan tenang tanpa memikirkan soal kewangan. Oleh itu, saya ambil keputusan untuk mencari pendapatan di luar bola sepak dan apa yang saya dapat daripada bola sepak sekarang, saya anggap sebagai bonus,” katanya.

Sunil turut menyarankan agar rakan-rakan pemain lain supaya tidak menunggu dan mula mencari pendapatan alternatif seawal mungkin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


“Cuba cari sumber pendapatan sampingan. Dalam sehari, ada banyak masa dan pelbagai cara untuk jana pendapatan. Sama ada berniaga atau lakukan kerja sambilan, yang penting ia memberi pendapatan dan kepuasan.

“Dengan keadaan industri bola yang tidak stabil, kita memang perlukan ‘pelan B’,” katanya lagi.

Buat masa ini, Sunil yang kali terakhir beraksi bersama Bunga Raya Damansara FC dalam saingan Liga Semi-Pro A1 mengakui masa depannya dalam bola sepak masih samar.

Bekas pemain Perak FC buka kedai gunting rambut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker