Kenduri arwah bapa bertukar untuk diri sendiri dan suami
Kenduri arwah bapa bertukar untuk diri sendiri dan suami

PADANG RENGAS: Wanita yang maut bersama suami dalam nahas di Kilometer 64 Jalan Ipoh-Taiping, di sini semalam baru kematian bapanya kurang sebulan lalu.
Selain kehilangan bapa pada 11 April lalu, Harirah Mahmud @ Abdul Samad, 65, juga baru kematian sepupu yang menetap di Pulau Pinang, kira-kira seminggu lalu.
Adik ipar mangsa, Wan Aniza Nora Wan Abd Kadir, 54, berkata Harirah ada merancang mengadakan kenduri arwah bapanya pada 31 Mei ini, namun susulan nahas berkenaan, kenduri arwah itu akan turut meliputi Harirah dan suami, Amir Sharifuddin Md Zahari, 68.
“Minggu lalu, saya dan Harirah berjumpa di Pulau Pinang kerana sepupu meninggal dunia, manakala bapa Harirah baru kira-kira 24 hari meninggal dunia. Tak sangka dalam tempoh sebulan banyak kejutan.
“Dia beritahu 31 hari bulan ini hendak buat kenduri arwah, hendak berkumpul satu keluarga, hendak berkumpul empat beradik yang kata Harirah untuk bincang hal pusaka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Sekarang macam sudah hilang punca memandangkan Harirah anak sulung daripada empat beradik,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu pengebumian suami isteri itu, malam tadi.
Wan Aniza berkata, nahas berlaku apabila Harirah dan suami dalam perjalanan pulang selepas menguruskan hal berkaitan pusaka di pusat pengumpulan sawit (REM) di Matang, Taiping.
Pasangan itu juga sepatutnya singgah di kediamannya di Pokok Assam sebelum pulang, namun penantian itu dikejutkan dengan mesej diterima 12 tengah hari daripada ahli keluarga lain mengenai nahas menimpa Harirah dan suami.
Hari kejadian, katanya, dia dimaklumkan oleh suami yang Harirah dan Amir Sharifuddin mahu ke Taiping untuk menguruskan sawit pusaka.
“Sebelum bertolak, Harirah ada WhatsApp suami saya, iaitu adik kandungnya, mengatakan hendak berbincang mengenai sawit pusaka di REM.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
“Apabila hampir tengah hari mereka tidak muncul di rumah, saya mulanya fikir mereka tak jadi singgah, mungkin hendak ambil cucu dari sekolah. Ingatkan hendak datang rumah selepas ke REM.
“Biasanya kalau datang berdua ke rumah saya di Pokok Assam, mereka akan naik kereta. Terkejut juga bila dapat tahu mereka kemalangan motosikal sebab biasanya abang ipar sahaja yang naik motosikal jika berseorangan ke Taiping,” katanya.
Jenazah suami isteri berasal dari Batu 16, Padang Rengas itu disolatkan di Masjid Al-Hadhari, Padang Rengas sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang, Padang Rengas.
Terdahulu, media melaporkan suami isteri warga emas maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dipercayai hilang kawalan dari arah bertentangan di Km 64 Jalan Ipoh-Taiping, semalam.
Kenduri arwah bapa bertukar untuk diri sendiri dan suami
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.