KDN lunas 3 bulan gaji pemain, harap lulus main Liga Super
KDN lunas 3 bulan gaji pemain, harap lulus main Liga Super

Kota Bharu: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) sudah melunaskan tunggakan gaji selama tiga bulan kepada pemainnya yang beraksi di Liga Super musim 2024/25.
Presidennya, Rozi Muhamad berkata, kini tunggakan gaji masih berbaki empat bulan daripada keseluruhan tunggakan gaji selama tujuh bulan.
Katanya,bagi tunggakan gaji bulan keempat akan dibayar minggu depan dan selebihnya akan dibayar secara berperingkat dalam masa terdekat.
“Setakat ini kita dah mula bayar gaji pemain sejak Februari lalu dan dalam tempoh terdekat akan cuba selesaikan baki tunggakan.
“Isu ini (tunggakan gaji) di pihak kelab kita bagi perhatian serius, dan saya nak tegaskan kita hanya tertunggak tujuh bulan, tak sampai lapan bulan atau lebih sebagaimana ditularkan,” katanya ketika dalam sidang media selepas Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC di Hotel Perdana, malam ini.
Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, Zamakhshari Muhamad.
Rozi berkata, dengan selesai isu tunggakan gaji dan beberapa syarat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan jawatankuasa First Instance Body (FIB) yang perlu dipenuhi, pihaknya berharap KDN FC boleh beraksi pada Liga Super musim 2025/26.
“Kita akan cuba yang terbaik bagi mendapatkan kelulusan lesen daripada FIB dan berharap menerima keputusan positif,” katanya. Rozi berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak enam hingga tujuh juta untuk perbelanjaan pasukan musim depan.
Dalam majlis itu, seramai 20 penaja dan rakan strategik diraikan selain mengumumkan tokoh korporat, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah sebagai ketua pegawai eksekutif yang baru.
KDN lunas 3 bulan gaji pemain, harap lulus main Liga Super
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.