Adakah terdapat cahaya di hujung terowong?
Adakah terdapat cahaya di hujung terowong?
Oleh: Julia Nor
Pihak hakim dijangka bersetuju untuk melepas tanpa membebaskan DNNA Najib dari
tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Kenyataan di atas sekadar speakulasi dan harapan daripada para penyokong Najib yang sentiasa berdoa supaya mantan Perdana Menteri itu sentiasa diberi keadilan.
Namun terpulang kepada pihak hakim sejauh mana mampu untuk memenuhi permintaan Najib pada hari ini?
Sebagai peguam yang mewakili Najib, Shafee Abdullah berkata, representasi bagi menggugurkan ketiga-tiga pertuduhan yang dikemukakan oleh mantan Perdana Menteri itu pada 31 Julai 2023, belum diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Sebagai penyokong Najib, kita sentiasa berdoa supaya permohonan itu berjaya ditunaikan oleh pihak mahkamah.
Najib didakwa lebih kepada motif politik, malah terdapat unsur konspirasi dan berkaitan dengan motif membalas dendam.
“Representasi ini merupakan yang sama dikemukakan hampir dua tahun lalu dan hingga kini kami masih menunggu keputusan sama ada ia diterima atau sebaliknya.
Oleh yang demikian, kami memohon anak guam dilepas tanpa dibebaskan DNAA. Pihak pendakwaan boleh membuat keputusan representasi itu mengikut kesesuaian mereka.
Kami hanya memohon DNAA. Pihak pendakwaan tidak akan rasa tertekan untuk membuat keputusan pada bila-bila masa,” tegas Shafee.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Ekoran dari itu, Hakim K. Muniandy menetapkan 11 Jun ini untuk keputusan representasi selepas memberi penangguhan akhir selama sebulan seperti yang dipohon oleh pihak pendakwaan.
Adakah terdapat cahaya di hujung terowong?
Mahkamah turut mengarahkan Najib hadir pada prosiding tersebut.
Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan, beliau diarah untuk memohon penangguhan selama sebulan bagi memuktamadkan representasi berkenaan.
Mengenai permohonan lisan peguam agar dikenakan perintah DNAA, Mohd Ashrot memaklumkan tidak menerima arahan berkaitan perkara itu.
“Najib juga tidak hadir di mahkamah pada prosiding hari ini,” ujarnya.
Mahkamah sepatutnya mendengar status representasi Najib dalam usaha beliau untuk menggugurkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International.
Najib bukan tidak hadir tanpa diwakili oleh peguam.
Menerusi prosiding pada 10 Mac lepas, Mohd Ashrof memaklumkan mahkamah bahawa representasi itu masih belum diputuskan.
Pada 3 Februari 2019, Najib didakwa atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.
Sejauh mana benar tuduhan di atas memandangkan ramai pihak termasuk Abdul Rahman Sebli mengatakan Najib tidak bersalah?
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Najib kini sedang berada di Penjara Kajang dipercayai kerana faktor konspirasi.
Beliau sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.
Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.
Najib memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022 dan Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Adakah terdapat cahaya di hujung terowong?
Difahamkan Peguam Negara mohon lanjutan sebulan untuk putuskan representasi Najib – Julia Nor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.