Jenazah pendaki Malaysia dibawa keluar dari trek pendakian
Jenazah pendaki Malaysia dibawa keluar dari trek pendakian

KUALA LUMPUR: Jenazah pendaki rakyat Malaysia, Rennie Abdul Ghani, 57, yang meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Torean, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, semalam berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian, petang ini.
Perkara itu dimaklumkan adik perempuannya yang dikenali sebagai Yana dengan jenazah dibawa keluar kira-kira jam 4.12 petang tadi.
“Jenazah sudah tiba di pintu gerbang Torean. Mereka (pihak yang berada di negara berkenaan) memberitahu sudah berjaya keluar dari lokasi dan sampai di pintu gerbang keluar Torean,” katanya.
Yana berkata, selepas ini jenazah abang sulungnya itu akan dihantar ke hospital untuk urusan selanjutnya.
Katanya, mereka akan berurusan dengan pihak kedutaan untuk urusan membawa pulang jenazah ke tanah air dan keluarga di sini juga sedang mendapatkan maklumat lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Semalam, media melaporkan Allahyarham berusia 57 tahun dilaporkan terjatuh di laluan Torean, Gunung Rinjani sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan, menurut pihak berkuasa taman negara.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan pelbagai agensi membabitkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.
Jenazah pendaki Malaysia dibawa keluar dari trek pendakian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.