Tak sangka boleh bersilat!

Tak sangka boleh bersilat!

Tak sangka boleh bersilat!

SECARA tiba-tiba nama Nabila Huda, 41, meniti di bibir peminat industri hiburan tanah air. Bukanlah kerana kisah sensasi bersifat peribadi, sebaliknya kerana kemunculan menerusi dua filem besar iaitu Telaga Suriram dan Gayong.

Menerusi Telaga Suriram arahan Osman Ali yang ditayangkan sejak Khamis lalu, Nabila membawakan watak seorang gadis bisu yang menjadi pengasuh Suriram bernama Maimon.

Dalam Gayong arahan Faisal Ishak pula yang akan menemui penonton pada 8 Mei ini, dia tampil sebagai Che Som, isteri kepada Meor Abdul Rahman, lakonan Beto Kusyairy.

“Alhamdulillah… saya pun sebenarnya tak sangka kedua-duanya keluar pada bulan yang sama. Bagaimanapun, kedua-dua karakternya berbeza.

“Macam yang saya buat hantaran sebelum ini, Untuk watak dalam Telaga Suriram dan Gayong, kedua-duanya berbeza. Pada saya, dua-dua watak ini saya suka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Ia sangat dekat dengan diri saya. Tengok lakonan sendiri dalam Telaga Suriram, rasa teruja. Tengok lakonan dalam Gayong pula, wah… tak sangkanya aku boleh buat macam ini (bersilat),” katanya ditemui pada Malam Gala Filem Gayong, baru-baru ini.

Nabila berkata, untuk memantapkan aksi terbabit, dia perlu menjalani latihan yang disediakan oleh produksi.

“Saya pun sebenarnya agak gemuruh juga sebab tiada asas silat ataupun ‘martial art’ (seni bela diri). Tapi tunjuk ajar daripada pengajar dan pengarah aksi, Yayan Ruhian banyak membantu saya.”Saya pergi berlatih, cuma saya tidak menguar-uarkan kepada peminat. Masa ‘shooting’ (penggambaran), saya nak buat ‘posting’ pun risau juga sebab saya sendiri gemuruh masa babak itu.

Tak sangka boleh bersilat!
NABILA berganding dengan Beto dalam filem Gayong.

“Sebenarnya kami berlatih sekejap dan saya cuma berlatih satu hari sahaja dengan koreografer. Apabila dalam set, kita cuba lagi,” katanya.

Dia bagaimanapun agak panik apabila koreografer ditukar dengan orang lain.

“Tapi sebab saya sebelum ini dah pernah buat KL Gangster dengan Faisal juga dan pernah buat filem aksi, jadi dah ada sikit-sikitlah yang saya ingat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


“Itu pun dah beberapa tahun dulu. Tapi kali ini filem silat. Saya sangat gemuruh tapi dah cuba yang terbaik. Dan saya sendiri tengok macam wow…ia satu lagi pencapaian untuk saya.

“Kami ‘shooting’ bersama dekat dua setengah bulan macam itu. Seperti yang kamu lihat, ia sebuah filem yang berkualiti,” katanya.

Paling mengujakan, Nabila turut terbabit secara langsung mereka pakaian Che Som untuk filem ini.

“Saya bersama beberapa pereka fesyen memerah otak mencipta ‘look’ (penampilan) Che Som. Saya melihat pada warna dan kain batik. Semua menjadi termasuk dengan mekap yang saya nak termasuk dandanan rambut.

“Semuanya dibuat sendiri dengan rujukan daripada pengarah, penerbit dan semua pihak yang mengikut pada zaman itu. Saya bangga sebab rasa nampak macam usaha kami berbaloi.

“Sebenarnya tak perlu minta kelulusan pengarah dan pengarah seni pun kerana pengarah sangat sukakannya. Dia tahu apa yang kami mampu buat. Dia cuma macam okey, saya serahkan pada kamu,” katanya.

Nabila pantas menolak tanggapan watak dan penampilan dalam Gayong akan melayakkannya menang anugerah dalam Festival Filem Malaysia akan datang.

“Tak adalah nak menang anugerah. Saya tak terfikir pun untuk menang anugerah menerusi watak ini. Pada saya, Che Som adalah kekuatan untuk Meor.

“Apa-apa pun watak Meor adalah sangat-sangat penting dan saya ada bersamanya sebagai Che Som adalah untuk bagi kekuatan kepada dia.

“Jadi untuk menang anugerah itu saya tak fikirlah,” katanya.

 

Tak sangka boleh bersilat!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker