PDRM, KPDN serbu tiga premis botolkan minyak enjin disyaki palsu
PDRM, KPDN serbu tiga premis botolkan minyak enjin disyaki palsu

PETALING JAYA: Sindiket membotolkan minyak enjin kenderaan disyaki palsu tumpas apabila tiga premis di sekitar Lembah Klang diserbu dalam operasi bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini.
Timbalan Pengarah Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata serbuan bermula jam 11.30 pagi itu dilakukan selepas risikan selama dua bulan.
Katanya, dalam serbuan di premis sekitar Ara Damansara di sini dan Kepong itu membawa kepada penahanan 13 individu terdiri enam warga tempatan termasuk dua wanita serta tujuh lelaki warga asing.

“Dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Kepong, seramai sembilan individu ditahan membabitkan tiga lelaki tempatan, dua wanita tempatan dan empat lelaki warga Bangladesh.
“Serbuan di Ara Damansara pula, kita menahan empat lagi individu terdiri seorang lelaki tempatan, dua lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Sri Lanka,” katanya kepada pemberita hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
Beliau berkata, serbuan di Ara Damansara membabitkan dua premis perniagaan terletak berhampiran masing-masing dijadikan tempat pembotolan dan stor simpanan.
Serbuan di Ara Damansara diketuai Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Siasatan Khas) WCB/PSK KDNKA Bukit Aman, Asisten Komisioner Zulkarnain Samsudin bersama pasukan KPDN Putrajaya diketuai Pegawai Penguatkuasa, Ahlami Idris Abdul Rashid.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati sindiket itu membotolkan minyak enjin menggunakan label hampir menyerupai jenama terkenal bagi memperdayakan pengguna, khususnya bengkel kenderaan.
“Rampasan yang dibuat termasuk minyak enjin, botol kosong, tong berisi cecair serta label jenama palsu, dengan anggaran nilai jutaan ringgit.
“Proses pembotolan membabitkan botol minyak enjin berkapasiti 1 liter hingga 4 liter,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
“Minyak enjin berkenaan dijual lebih murah daripada harga pasaran antaranya melalui platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram, selain diedarkan terus ke bengkel.
“Pihak KPDN akan menjalankan analisis terhadap sampel minyak enjin ini dengan kerjasama Jabatan Kimia bagi mengesahkan kandungannya sama ada selamat atau tidak untuk digunakan,” katanya.
Beliau berkata, sindiket itu juga dipercayai beroperasi sejak dua hingga tiga tahun lalu dan menggunakan taktik menyamar sebagai pengeluar sah walaupun tidak mempunyai pengiktirafan rasmi.
“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca bekalan minyak enjin yang digunakan sindiket ini termasuk kemungkinan ia adalah minyak enjin yang dikitar semula.
“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 serta Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menggunakan perihal palsu pada produk, selain berdepan tind
akan mengikut Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah,” katanya.
Mohamad Azlin juga tidak menolak kemungkinan wujud jaringan lebih besar membabitkan premis lain yang masih aktif dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan termasuk terhadap penjualan minyak enjin palsu melalui platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
“Kita percaya ini satu sindiket yang terancang. Justeru, usaha membanteras kegiatan ini akan diteruskan bagi melindungi pengguna dan memelihara integriti pasaran tempatan,” katanya.
PDRM, KPDN serbu tiga premis botolkan minyak enjin disyaki palsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.