Taktik kotor lori samseng: Rosakkan tayar, matikan GPS dan ugut mekanik – JPJ
Taktik kotor lori samseng: Rosakkan tayar, matikan GPS dan ugut mekanik – JPJ

KAJANG: Sengaja mematikan Sistem Pengesanan Global (GPS) dan merosakkan tayar lori antara taktik kotor dilakukan pemilik serta pemandu lori selepas kenderaan mereka ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kejadian di Putrajaya, baru-baru ini.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata taktik itu bertujuan menghalang pegawai JPJ daripada meneruskan tindakan penguatkuasaan selepas dua lori membawa lebih muatan ditahan di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 12 April lalu.
Beliau berkata, selepas kenderaan ditahan, pemilik lori mematikan GPS dan merosakkan lori supaya tidak dapat digerakkan.
“Apabila mekanik dipanggil untuk membaiki tayar kenderaan itu, pihak tertentu mengugut mekanik terbabit supaya tidak meneruskan kerja baik pulih.
“Akibatnya, anggota JPJ terpaksa bermalam selama tiga hari di lokasi sebelum isu itu dapat diselesaikan dengan bantuan polis daerah Putrajaya,” katanya pada sidang media di Stesen Penguatkuasa JPJ Semenyih, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan dan Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat.
“Ketika ditahan, dua lori terbabit membawa muatan pasir halus dari sebuah kuari di Dengkil ke sebuah tapak pembinaan di Kajang. Selepas disita dan ditimbang, salah sebuah lori itu didapati membawa muatan lebih 90 peratus daripada berat dibenarkan, manakala sebuah lagi membawa muatan lebih 88 peratus,” katanya yang turut memaklumkan pemilik lori serta dua pemandu terbabit sudah ditahan polis untuk siasatan.
Beliau berkata, pasukan JPJ turut berdepan ancaman daripada lapan individu dipercayai ‘tonto’ atau samseng upahan yang mengepung pegawai penguat kuasa semasa operasi di Rawang, Selangor baru-baru ini
“Semasa kejadian di Rawang, lori berkenaan melarikan diri sambil membuang muatan batuan di atas jalan raya, menyebabkan halangan kepada pengguna lain. Mujur tiada kemalangan berlaku,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Muhammad Kifli berkata, dalam kejadian lain di Gombak dua minggu lalu, seorang pemandu lori warga asing yang tidak mempunyai lesen dan dokumen perjalanan sah turut ditahan selepas didapati membawa minuman keras secara haram.
Selain itu, katanya, JPJ turut menerima laporan mengenai kes pemandu lori warga asing di Gombak yang melarikan diri selepas kenderaannya ditahan kerana membawa bahan larangan.
“JPJ kini memperhebatkan operasi bersama agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi membanteras pemilik dan pemandu kenderaan perdagangan yang melanggar undang-undang.
“Pemilik dan pemandu yang enggan memberi kerjasama boleh didakwa mengikut Seksyen 234C Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Bagi kesalahan membawa lebih muatan, mereka boleh didakwa mengikut Subseksyen 57(3) akta sama dengan denda antara RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Beliau turut menegaskan, kenderaan berat yang membawa lebih muatan boleh disita dan dilucut hak mengikut Subseksyen 80(4) APAD 2010.
“JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan jalan raya demi mengejar keuntungan.
“Pengusaha dan pemandu lori mesti mematuhi undang-undang serta memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat,” katanya.
Taktik kotor lori samseng: Rosakkan tayar, matikan GPS dan ugut mekanik – JPJ
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.