Slot sudah ramal Liverpool mampu juara EPL – Konate

Slot sudah ramal Liverpool mampu juara EPL – Konate

Slot sudah ramal Liverpool mampu juara EPL - Konate
IBRAHIMA Konate meraikan kejayaan Liverpool memenangi EPL. FOTO REUTERS

Liverpool: Pemain pertahanan tengah Liverpool, Ibrahima Konate, mendedahkan pengurus, Arne Slot memberitahu pasukan itu pada musim panas lalu bahawa mereka berpeluang untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengurus dari Belanda itu menggantikan Jurgen Klopp pada Julai 2024 dan berjaya menamatkan rekod Manchester City yang memenangi liga empat musim berturut-turut apabila beliau membimbing Liverpool meraih kejuaraan liga utama Inggeris ke-20 selepas membelasah Tottenham 5-1 di Anfield, semalam.

“Saya rasa dia membawa sesuatu yang baru, seperti gaya permainan. Sebelum musim bermula, dia menunjukkan kepada kami mengapa kami tidak memenangi liga musim sebelumnya.

“Dia berkata jika kami mengubah dan memperbaiki perkara itu, kami mempunyai peluang besar untuk menjuarai liga.

“Dan itulah yang kami lakukan sejak awal musim. Kami harus berasa gembira,” kata Konate.Pemain pertahanan tengah Liverpool, Ibrahima Konate, mendedahkan pengurus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


Selepas mengambil alih tugas daripada Klopp yang meninggalkan legasi kejayaan selama sembilan tahun, Slot beralih daripada gaya ‘pressing’ berintensiti tinggi kepada permainan yang lebih terkawal dan berasaskan penguasaan bola.

Perubahan itu akhirnya membuahkan hasil apabila Liverpool menjuarai liga dengan berbaki empat perlawanan.

Slot meraikan kejayaannya di atas padang di Anfield selepas kemenangan ke atas Spurs dengan cara yang sederhana, tetapi Konate percaya pengurusnya layak menerima segala pujian.

“Saya melihat dia di atas padang dan dia seakan tidak mahu menerima pujian, dia berjalan di belakang kami, dan sangat luar biasa untuk menjadi serendah diri seperti itu.

“Ya, kami yang berada di atas padang, berlari dan melakukan segalanya, tetapi dia juga telah melakukan banyak untuk kami. Terima kasih kepadanya, terima kasih kepada penyokong,” kata pemain Perancis itu.

Slot sudah ramal Liverpool mampu juara EPL – Konate

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker