Rudiger perlu ubah sikap

Rudiger perlu ubah sikap

Rudiger perlu ubah sikap
AKSI Rudiger (kanan) ketika bertemu Barcelona. FOTO REUTERS

Munich: Pemain pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger perlu berubah dan sedar kesilapannya, kata pengarah sukan pasukan kebangsaan Jerman, Rudi Voeller susulan kelakuan pemain itu dalam perlawanan akhir Piala Sepanyol.

“Toni adalah seorang pemain bola sepak yang luar biasa dan seorang yang sangat emosional, seorang pejuang di atas padang.

“Dia perlu kekal begitu. Tetapi dalam kes ini, dia dan beberapa rakan sepasukannya terlalu terpengaruh dengan suasana tegang di sekeliling kelab,” kata Voeller kepada agensi berita Jerman SID, anak syarikat AFP.

Pemain pertahanan tengah itu, yang digantikan pada masa tambahan ketika Real Madrid tewas 2-3 kepada Barcelona dalam perlawanan El Clasico, melempar sesuatu ke arah pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea pada saat-saat akhir perlawanan.

Rudiger terpaksa ditahan oleh rakan sepasukan dan kakitangan daripada bersemuka dengan pengadil, sebelum dilayangkan kad merah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


Rakan sepasukannya, Lucas Vazquez dan Jude Bellingham, juga dibuang padang pada penghujung perlawanan.

Sebelum perlawanan akhir itu, Bengoetxea dan pengadil VAR, Pablo Gonzalez Fuertes sudah membuat aduan tentang serangan dari saluran televisyen kelab Real Madrid terhadap pegawai perlawanan sepanjang musim ini.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Terutamanya sebagai pemain untuk pasukan kebangsaan Jerman. Dia perlu mengubah sikap itu dan dia sendiri sedar, seperti yang ditunjukkan oleh reaksinya kepada umum,” tambah Voeller yang juga bekas jurulatih Jerman.

Rudiger kini berdepan penggantungan antara empat hingga 12 perlawanan mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol.

Rudiger perlu ubah sikap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker