SUDAHLAH bermacam cabaran harus ditempuhi sepanjang rakaman menghasilkan lagu Harus Begini Jadinya, pendatang baharu, Rika Riana juga terpaksa menelan dan menterjemah banyak emosi sukar dalam lagu berkenaan agar sampai ke dasar hati pendengar.
Lagu berjudul Harus Begini Jadinya memberi gambaran terhadap perasaannya selepas mengalami satu kehilangan besar meskipun cuba dipertahankan sekuat mungkin.
“Benar, Harus Begini Jadinya terletak pada kekuatan emosi yang mendalam berlandaskan kepada kejujuran bait kata-kata yang tersemat di dalamnya.
“Lagu ini sangat dekat di hati sebab menggambarkan perasaan reda dengan sebuah kehilangan. Meskipun kita mempertahankan sesuatu, jika bukan milik kita, harus dilepaskan juga.
“Setiap babak dalam video muzik juga dirakam dengan elemen kesederhanaan untuk menggambarkan kekosongan dan proses penerimaan selepas kehilangan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Lokasi penggambaran terpaksa dilakukan dalam rumah memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan pada tarikh yang dijanjikan.
“Walaupun muzik video ini hanya berlatar di bilik dan ruang tamu, visual tetap membawa naratif mendalam,” ujarnya.
Menurut pemilik nama sebenar Erika Rianty Anthony itu, lagu berkenaan juga sebuah perjalanan rasa yang harus dihadapi sepanjang proses rakaman berlangsung.
Tambahnya, sejak dahulu lagi, penyanyi kelahiran Keningau, Sabah ini mengakui sejak kecil sudah menjadikan karya Ajai sebagai inspirasi muziknya dan peluang berharga ini disifatkan sebagai salah satu pencapaian terbesar dalam kerjaya seninya.
“Ajai sangat teliti dan tahu bagaimana mahu mencungkil emosi yang tepat untuk mengalunkan lirik.
You must be logged in to post a comment.