Dua maut pikap kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Dua maut pikap kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo

KUCHING: Dua maut selepas pikap yang mereka naiki terbabit kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo di laluan Sibu- Bintulu-Selangau, petang semalam.
Rolland Atok Eleh, 37 dan wanita warga emas, Bayan Tubak, 60, disahkan meninggal di tempat kejadian selepas parah akibat tersepit dalam kenderaan yang terhumban ke dalam parit itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.39 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dibantu anggota BBP Selangau diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah pikap yang terbalik di dalam parit.
“Didapati tiga mangsa terlibat dalam kemalangan itu dengan seorang daripadanya berjaya keluar dari kenderaan sebelum bomba tiba manakala dua lagi mangsa masih di dalam kenderaan,” katanya.
Jurucakap berkenaan berkata, anggota bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berkenaan.
“Anggota paramedik mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia dan mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dua maut pikap kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.