Blok asrama SMK Tinggi Setapak terbakar
Blok asrama SMK Tinggi Setapak terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, di sini yang menempatkan kira-kira 91 pelajar lelaki, terbakar dalam kejadian malam tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu semua pelajar dilaporkan selamat berikutan berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak.
Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.43 malam sebelum 40 anggota bersama lapan jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan asrama lelaki sekolah itu dan berjaya dikawal pada 9.40 malam. Ia mengakibatkan kemusnahan sebanyak 80 peratus bahagian asrama berkenaan.
“Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan selamat. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Seorang saksi yang tinggal berhampiran sekolah berkenaan, Muzelysham Mustafa, 51, berkata anaknya terdengar penggera kebakaran berbunyi sebelum segera memaklumkan kepada beliau mengenai kejadian itu.
Beliau yang arif akan selok-belok kawasan sekolah itu kerana isterinya merupakan bekas guru di situ, segera ke blok asrama terbabit untuk memeriksa sekiranya ada pelajar yang masih berada di dalam bangunan, namun lega apabila mendapati ia kosong.

“Saya dan anak lelaki saya turut cuba menggunakan alat pemadam api yang ada untuk mengawal kebakaran, namun api marak terlalu cepat,” katanya.
Seorang lagi saksi, Muhamad Adha Mikail, 17, berkata beliau sedang mengambil wuduk di surau blok lain sebelum terdengar bunyi kaca pecah dan ternampak api di bangunan asrama yang didiaminya.
“Saya kemudian masuk semula ke dalam surau dan memaklumkan kepada pelajar lain sebelum warden asrama menekan loceng penggera kecemasan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Semua pelajar kemudian berlari dari surau ke kawasan selamat iaitu di tapak perhimpunan sekolah berkenaan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati sebahagian ibu bapa kepada 91 pelajar terbabit mula hadir ke sekolah untuk membawa pulang anak masing-masing sebaik mendapat tahu mengenai kejadian itu. – BERNAMA
Blok asrama SMK Tinggi Setapak terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.