Ancelotti dilaporkan setuju bimbing Brazil
Ancelotti dilaporkan setuju bimbing Brazil

Madrid: Beberapa media Sepanyol melaporkan jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, bersetuju untuk mengambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Brazil.
Jurulatih veteran Itali itu masih mempunyai baki setahun dalam kontraknya bersama gergasi Sepanyol itu, namun selepas tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kepada Arsenal dan kekalahan Copa del Rey kepada seteru utama Barcelona, beliau dijangka meninggalkan Santiago Bernabeu.
Ancelotti tidak menyembunyikan kemungkinan untuk meninggalkan kelab dan berkata masa depannya adalah topik untuk minggu-minggu akan datang selepas kekalahan kepada Barca pada Sabtu lalu.
Media Sepanyol melaporkan Ancelotti akan mengambil alih pasukan Brazil sebelum kelayakan Piala Dunia 2026 yang bermula pada Jun dan meninggalkan Madrid sebelum Piala Dunia Kelab bermula di Amerika Syarikat (AS) pada musim panas ini.
Brazil memecat Dorival Junior selepas tewas 1-4 kepada Argentina pada Mac lalu dan kini menduduki tempat keempat dalam carta kelayakan Amerika Selatan untuk kempen Piala Dunia di AS, Mexico dan Kanada.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Ancelotti membawa Real Madrid menjuarai UCL dan La Liga musim lalu dengan bintang Brazil seperti Vinicius Junior dan Rodrygo Goes memainkan peranan penting dan beliau kini dianggap antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah kelab itu.
Dalam tempoh pertamanya di Madrid, beliau memimpin kelab itu memenangi La Decima – kejuaraan UCL ke-10 mereka.
Beliau telah memenangi pertandingan itu tiga kali bersama Los Blancos dalam dua tempoh berbeza, dipecat pada 2015 tetapi kembali pada 2021 selepas Zinedine Zidane meletak jawatan.
Musim ini, Madrid dilihat rapuh di bahagian pertahanan dan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona, dengan mempertahankan kejuaraan liga menjadi satu-satunya harapan utama mereka untuk meraih trofi besar.
Ancelotti pernah mengendalikan AC Milan, Chelsea dan Paris Saint-Germain selain beberapa pasukan lain.
Ancelotti dilaporkan setuju bimbing Brazil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.