Nasib baik Man United tak kalah lagi

Nasib baik Man United tak kalah lagi

Nasib baik Man United tak kalah lagi
RASMUS Hojlund meraikan jaringannya. FOTO REUTERS

Bournemouth: Rasmus Hojlund menyelamatkan Manchester United daripada kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan gol penyamaan pada saat-saat akhir untuk melakar keputusan seri 1-1 menentang Bournemouth yang beraksi dengan 10 pemain, hari ini.

Pasukan kendalian Ruben Amorim dikejutkan oleh jaringan pembukaan Antoine Semenyo pada separuh masa pertama di Vitality Stadium.

Detik perubahan berlaku 20 minit sebelum tamat perlawanan apabila penyerang Bournemouth, Evanilson dilayangkan kad merah dalam situasi kontroversi.

Pada mulanya dia hanya menerima kad kuning susulan terjahan ke atas Noussair Mazraoui, namun selepas semakan VAR, hukumannya lebih berat iaitu kad merah meskipun dia kelihatan tergelincir sebelum melakukan sentuhan terhadap pertahanan United itu.

Ketika berada di ambang kekalahan keempat dalam lima perlawanan liga terakhir mereka, United akhirnya berjaya meraih gol penyamaan menerusi Hojlund pada waktu kecederaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


United sekurang-kurangnya dapat menarik nafas lega kerana terhindar daripada satu lagi episod memalukan dalam musim yang penuh kekecewaan.

Meskipun Hojlund menyelamatkan satu mata, persembahan hambar United terus mencetuskan kebimbangan, dengan mereka kini terperosok di tangga ke-14 liga.

Jika Liverpool dinobatkan sebagai juara, mereka akan menyamai rekod United sebagai kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak England.

United sendiri belum lagi memenangi liga sejak 2013, dan sasaran utama kelab di Old Trafford untuk musim depan hanyalah kembali ke kelompok lima teratas, bukan lagi bersaing dengan Liverpool untuk kejuaraan ke-21.

Amorim minggu ini menegaskan bahawa beliau ‘tidak menyesal’ menyertai United walaupun mengakui mungkin sepatutnya menangguhkan keputusannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Namun, sejak tiba dari Sporting Lisbon bagi menggantikan Erik ten Hag yang dipecat pada November lalu, Amorim berdepan kesukaran.

Nasib baik Man United tak kalah lagi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker