Dua kumpulan bergaduh kerana seorang wanita
Dua kumpulan bergaduh kerana seorang wanita
KUALA LUMPUR: Rakan wanita diganggu dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua kumpulan di sebuah restoran di Jalan Telawi, Bangsar di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya menerima laporan daripada pengurus restoran yang mendakwa kerugian RM5,000 selepas barangan restoran rosak akibat kejadian itu.
“Semasa kejadian beberapa pelanggan yang berada di dalam restoran melarikan diri kerana ketakutan. Pelbagai peralatan restoran termasuk meja, cermin kaunter dan perhiasan pada dinding pecah serta rosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, seramai tiga individu yang juga saksi kejadian sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan itu dikatakan berpunca selepas seorang wanita daripada satu kumpulan berkenaan diganggu oleh satu lagi kumpulan suspek.
Ku Mashariman berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Dua kumpulan bergaduh kerana seorang wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.