Remaja disambar petir ketika leka main TikTok

Remaja disambar petir ketika leka main TikTok

Remaja disambar petir ketika leka main TikTok
Kermode disambar petir ketika menonton video pendek di TikTok di dalam bilik tidurnya. – 7NEWS

CANBERRA – Seorang remaja perempuan berdepan detik cemas apabila dia disambar petir ketika menggunakan telefon bimbit di rumahnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.43 pagi (waktu tempatan) di Jalan Yandina Bli Bli, negeri Queensland, Australia.

Bloom Kermode, 17, dilaporkan sedang menonton video pendek dalam aplikasi TikTok sebelum bumbung rumahnya disambar petir.

“Pemandangan saya menjadi kabur, manakala semua barang di dalam rumah terbakar. Seluruh badan saya mula menggigil.

“Semasa kejadian, saya merasakan aliran elektrik pada seluruh badan. Lengan saya mula kebas dan rasanya hampir sama seperti mengalami sawan,” kata Kermode.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal


Situasi bertambah cemas apabila bumbung rumahnya runtuh dengan api semakin merebak ke seluruh rumah.

“Saya bergegas mengambil anjing peliharaan saya dan keluar dari rumah. Ia sangat mengejutkan,” tambah Kermode.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Nambour dengan kesan melecur pada leher, tetapi berada dalam keadaan stabil. – AGENSI

 

Remaja disambar petir ketika leka main TikTok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker