Slot belum mahu berpesta awal
Slot belum mahu berpesta awal

Liverpool: Liverpool hanya memerlukan satu mata ketika melayan kunjungan Tottenham Hotspur di laman sendiri pada Ahad ini untuk memuktamadkan gelaran ke-20 Liga Perdana Inggeris (EPL).
Begitupun, ia bukan satu jaminan buat pengendalinya Arne Slot untuk ‘berpesta awal’ dan baginya, pemain harus menunggu sehingga wisel penamat sebelum boleh mendabik dada.
Selepas penghuni tangga kedua Arsenal terikat 2-2 dengan Crystal Palace baru-baru ini, Liverpool boleh menoktahkan gelaran liga dengan mencapai 80 mata daripada 34 perlawanan pada musim pertama Slot mengemudi pasukan selepas menggantikan Juergen Klopp tahun lalu.
“Satu tanggungjawab yang besar. Kami sedar yang kali terakhir kelab ini menjuarai liga adalah ketika Covid (pada 2020), jadi semua orang menantikan perlawanan Ahad ini. Namun kami tahu, masih ada tugas yang perlu diselesaikan.
“Ia satu perlawanan yang bagus untuk dilihat namun ia juga satu tanggungjawab yang perlu kami pikul pada Ahad nanti. Meraikannya adalah sesuatu yang kamu lakukan selepas pengadil meniup wisel (penamat),” kata Slot.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Pengendali berusia 46 tahun itu mematahkan jangkaan awal untuk musim pertamanya menggantikan Klopp, dengan Liverpool hanya tewas dua kali dalam saingan liga dan mendahului Arsenal 12 mata dan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.
“Sudah banyak kali saya katakan, apabila kamu masuk, kamu hanya lihat apakah yang berlaku di sekeliling kamu dan selepas itu mencipta corak permainan di kalangan pemain, yang kamu sendiri tahu tidak perlu banyak diubah.
“Kamu memasuki pintu di sini atau di Anfield, kamu tahu kelab ini harus memenangi banyak trofi. Itu tidak berubah apabila saya menyertainya.
“Apa yang bagus adalah kebanyakan pengurus bekerja di sini untuk tempoh yang lama, jadi kamu mempunyai banyak peluang untuk menjuarai sesuatu. Kamu sedar perkara itu tetapi ia bukan perkara pertama kamu fikirkan apabila memasuki tempat ini.”
Liverpool bakal menyamai rekod 20 gelaran yang diraih Manchester United sekiranya mereka tidak tewas kepada Spurs Ahad ini.
Slot belum mahu berpesta awal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
You must be logged in to post a comment.