Abby Abadi – 17 tahun diam
Tiada pula cop saya wanita dambaan syurga
Abby Abadi – 17 tahun diam

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Abby Abadi tidak akan mengalah dan sesekali berhenti bersuara untuk mendapatkan hak tiga anaknya daripada bekas suami, Norman Hakim.
Abby, 47, berkata, isu berkaitan hak selepas bercerai tidak perlu dipendam sendiri sebaliknya harus dituntut dengan lebih tegas.
“Ya betul! Jangan simpan dan relaks mengalah ‘over’ sangat.
“Sebab bila sudah bercerai? Percayalah kita ini tiada nilai di mata dia (bekas suami),” katanya dalam platform Threads.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Ujarnya, hubungan baik yang terjalin juga tidak akan memberi sebarang makna terutama apabila berbeza taraf hidup.“Baiklah macam mana pun, susah senang, seronok sama-sama kononnya.
“Bila kaya, kita ini tiada pun tak apa. Okey putus terus!” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia juga menyelar pandangan segelintir pihak yang memintanya melupakan mengenai isu tersebut memandangkan sudah 17 tahun berpisah.
“Terbaca lagi, ‘move on’ sajalah dan tak ‘classy’ meroyan serta merentan. Eh, selama 17 tahun saya diam, tak mahu pula cop saya wanita dambaan syurga.
“Selepas 17 tahun baru berbunyi, dikata macam-macam. Belajarlah makna amanah, tanggungjawab, adil dan ‘acah-acah’ sekali.
“Sedang sabarlah ini, sembang sikit saja dan tak libatkan ramai orang pun. Tepat ke sasaran!” ujarnya.
Sejak beberapa hari lalu, Abby dalam media sosialnya lantang bersuara tentang isu nafkah tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Norman iaitu Danish, Dania dan Danisha.
Dia turut mendakwa Norman mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka sejak bercerai sekitar tahun 2008. – KOSMO! ONLINE
Abby Abadi – 17 tahun diam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
You must be logged in to post a comment.