Wanita maut, anak parah kereta langgar bas persiaran

Wanita maut, anak parah kereta langgar bas persiaran

Wanita maut, anak parah kereta langgar bas persiaran
Pegawai penyiasat menjalankan siasatan di lokasi kemalangan membabitkan kereta Perodua Alza dan bas persiaran di Jalan Sulaman Gayang, Tuaran. – Foto JUWAN RIDUAN

KOTA KINABALU: Wanita maut, manakala anaknya parah selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang bas persiaran di Jalan Sulaman Gayang, Tuaran, hari ini.

Sutinah Amat, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak lelaki berusia 18 tahun yang memandu kereta parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 2.41 petang.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas sebelum melanggar belakang bas persiaran yang berada di tepi jalan.

“Terdapat dua mangsa tersepit dan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa terus dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal


Beliau berkata, mangsa lelaki dihantar ke hospital manakala seorang lagi mangsa wanita disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Wanita maut, anak parah kereta langgar bas persiaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker