Khuzaimee, Declan, Azam Azmi dan Adib dicadang lawan Man United
Khuzaimee, Declan, Azam Azmi dan Adib dicadang lawan Man United

Kuala Lumpur: Teka-teki pemain negara bakal berentap dalam skuad Asean All-Stars menentang Manchester United pada 28 Mei depan, terjawab apabila empat nama diumum untuk menggantikan Dominic Tan dan Sergio Aguero.
Pemain dicalonkan kepada Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) ialah Ahmad Khuzaimi Piee (Selangor FC), Declan Lambert (Kuala Lumpur City FC), Adib Abdul Raop (Penang FC) dan Azam Azmi Murad (Terengganu FC).
Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang pemain terbabit akan dipanggil untuk menambah kekuatan skuad serantau bimbingan jurulatih Kim Sang-sik.
Dominic dan Aguero sebelum ini tidak mendapat pelepasan kerana terikat dengan kem latihan pusat Harimau Malaya yang bermula 16 Mei sebagai persiapan menghadapi Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa ‘menghalang’ dua daripada tiga pemain itu daripada turun beraksi menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada 28 Mei depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Perkara itu diumumkan Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berikutan mereka terikat dengan agenda nasional apabila skuad Harimau Malaya bakal memulakan latihan pusat lebih awal sebagai persiapan menentang Vietnam pada 10 Jun.
Khuzaimee, Declan, Azam Azmi dan Adib dicadang lawan Man United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.