Hanya 11,777 tiket terjual
Hanya 11,777 tiket terjual

Kuantan: Berbaki tiga hari menjelang aksi final Piala Malaysia antara Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu ini, sebanyak 11,777 tiket sudah terjual setakat semalam.
Sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memaklumkan bahawa daripada jumlah itu, 8,511 tiket dijual secara dalam talian manakala 3,266 tiket pula dibeli secara pukal sejak jualannya bulan lalu.
“Dengan jualan 11,777 tiket setakat ini, sebanyak 21,823 tiket yang masih berbaki diharap dapat dijual berbaki tiga hari ini.
“Kelab sememangnya meminta penyokong Sri Pahang untuk hadir memberikan sokongan selepas kali terakhir skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia pada 2014,” kata sumber itu.
Sebelum ini, SPFC mengumumkan bahawa tiket hanya dijual secara dalam talian di tickethotline dan tiada jualan tiket fizikal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Harga sudah termasuk caj tambahan dengan setiap transaksi terhad kepada empat keping tiket. Empat kategori tiket dijual iaitu RM54.59, RM75.19, RM157.59 dan RM209.09.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata kelab itu percaya sokongan padu akan diberikan peminat skuad Tok Gajah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
“Oleh itu, kelab menggalakkan peminat skuad Tok Gajah memakai baju berwarna kuning sebagai tanda sokongan dan warna yang sinonim buat pasukan kesayangan mereka.
“Bagaimanapun, terpulang kepada peminat sama ada mahu memakai baju dan seluar kuning sebagai suntikan semangat kepada pemain,” kata Mohammed Suffian.
Hanya 11,777 tiket terjual
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
You must be logged in to post a comment.