Budak autisme hilang sejak Ahad lalu ditemui mati tiga kilometer dari rumah

Budak autisme hilang sejak Ahad lalu ditemui mati tiga kilometer dari rumah

Budak autisme hilang sejak Ahad lalu ditemui mati tiga kilometer dari rumah
Anggota bomba mengangkat mayat Muhd Aniq Faiz Muhammad Ashraf yang ditemukan selepas dilaporkan hilang sejak Ahad lalu untuk diserahkan kepada polis. IHSAN JBPM

TAMPARULI: Budak lelaki kurang upaya autisme, yang hilang di Kampung Bahagia Dua di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia di tepi sungai, kira-kira 3 kilometer dari rumahnya.

Mayat mangsa, Muhd Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5, ditemui di celah timbunan batang buluh yang terapung di tepi sungai berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohammad Nor Amit, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari kelima, hari ini dimulakan jam 8.30 pagi.

“Jasad mangsa ditemui ketika pasukan penyelamat menggunakan kaedah pencarian ‘water rafting’ di kawasan sungai.”

“Pasukan bomba seterusnya mengangkat mangsa yang disahkan meninggal dunia dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal


Mohammad Nor berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 tengah hari.

Ahad lalu, mangsa disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tidak ditemui di dalam rumah kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Pencarian mangsa di sekitar rumah bagaimanapun gagal apabila hanya menemui anak patung milik mangsa yang berada di halaman sebelum usaha mencari diteruskan dengan melaporkan kepada pasukan berkuasa.

Operasi SAR diperluaskan setiap hari membabitkan lebih 100 orang dan anggota terdiri agensi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), badan bukan kerajaan (NGO) Jalinan Kasih, Kelab Drone D’Bayu, Kiulu White Water Rafting serta orang awam.

Budak autisme hilang sejak Ahad lalu ditemui mati tiga kilometer dari rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker