5 sekeluarga mengaku tak salah culik remaja, tuntut tebusan RM2 juta
5 sekeluarga mengaku tak salah culik remaja, tuntut tebusan RM2 juta
SEREMBAN: Lima sekeluarga didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan menculik remaja perempuan berusia 16 tahun dan menuntut wang RM2 juta, awal bulan ini.
Bagaimanapun, semua lima tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Mereka ialah D Sasveena, 31, suaminya; T Boharaj, 32, adik tiri, Farhin Muhamad Ariffin, 23, serta dua adik kandung, P K Koshenn Kumar, 21 dan P K Siveeshinaa.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menculik remaja terbabit dengan cara melarikan mangsa bagi tujuan menuntut wang tebusan RM2 juta.
Perbuatan dilakukan kira-kira jam 5.45 petang di hadapan sebuah salun dekat Jalan S2 B10, Uptown Avenue, Seremban 2, di sini, pada 10 April lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan dengan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan jenayah dilakukan serius serta membabitkan keselamatan mangsa.
Sekiranya jaminan diberikan, terdapat risiko kemungkinan tertuduh akan mengganggu mangsa dan keluarga serta saksi pendakwaan lain, selain melarikan diri.
Peguam, T Harpal Singh, memohon tarikh singkat iaitu dua minggu untuk beliau memfailkan hujahan mitigasi rayuan jaminan secara bertulis.
Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 14 Mei ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Media pada 14 Mei melaporkan seorang daripada suspek dipercayai terbabit kes berkenaan ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Lima sekeluarga diiring polis untuk pertuduhan kes culik remaja berusia 16 tahun, tuntut tebusan RM2 juta di Mahkamah Sesyen Seremban. – NSTP/ /Azrul Edham
5 sekeluarga mengaku tak salah culik remaja, tuntut tebusan RM2 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
You must be logged in to post a comment.