3 melecur kilang stor simpanan cat terbakar
3 melecur kilang stor simpanan cat terbakar

KULAI: Tiga lelaki melecur apabila sebuah kilang yang dijadikan stor simpanan cat musnah terbakar dalam insiden kebakaran di Taman Desa Idaman, Senai, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 2.13 petang itu, dua lagi premis bersebelahan iaitu bengkel dan bahan pembinaan turut terbakar hingga 50 peratus, selain memusnahkan lima kereta dan sebuah lori di situ.
Tiga pekerja stor cat membabitkan dua warga tempatan dan seorang warga asing, turut melecur dan dikejarkan ke hospital.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Kulai Baru, Muhammad Fauzi Awang, berkata seramai 34 anggota bomba dari BBP Kulai, Skudai, Kempas dan Pontian Baru bersama lapan jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya anggota di lokasi kejadian, sebuah kebakaran besar berlaku terhadap sebuah premis kilang yang dijadikan stor simpanan cat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
“Dua premis bersebelahan kilang berkenaan iaitu sebuah bengkel dan premis bahan pembinaan turut terbakar.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran tiga premis berkenaan selain lima kereta dan sebuah lori berhampiran lokasi kebakaran, turut hangus terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Muhammad Fauzi berkata, anggota bomba masih berada di lokasi kebakaran bagi memastikan kebakaran tidak melarat ke premis lain di kawasan berkenaan.
“Setakat ini, kebakaran tiga premis dan kenderaan terbabit berjaya dikawal dan kerja pemeriksaan sedang dilakukan bagi memastikan tiada pelepasan bahan kimia berbahaya berlaku.
“Pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati tiada kesan bahan kimia berbahaya dikesan di lokasi kebakaran,” katanya.
3 melecur kilang stor simpanan cat terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
You must be logged in to post a comment.