Pengerusi JPKK ditahan SPRM kerana salah guna kuasa

Pengerusi JPKK ditahan SPRM kerana salah guna kuasa

Pengerusi JPKK ditahan SPRM kerana salah guna kuasa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman seorang pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Sabak Bernam, kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.

Menurut sumber, perintah reman selama empat hari bermula hari ini terhadap suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Noora Nisa Ngadirin selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Wanita itu dipercayai membuat pindahan wang peruntukan daripada akaun jawatankuasa berkenaan ke akaun peribadi miliknya tanpa kebenaran mana-mana pihak.

Menurut sumber terdapat pengerusi-pengerusi JPKK di daerah berkenaan yang menyalahgunakan kuasa dengan membuat pindahan wang daripada akaun JPKK ke akaun persendirian bagi kegunaan peribadi tanpa kebenaran ahli JPKK.

“Mereka turut dipercayai membuat pembelian aset tanpa kebenaran mana-mana pihak selain tidak mengemukakan bukti-bukti pembayaran perbelanjaan kepada ahli mesyuarat JPKK.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


“Susulan maklumat ini, SPRM menahan seorang wanita kira-kira 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor,” menurut sumber itu kepada Bernama.

Pengarah SPRM Selangor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Pengerusi JPKK ditahan SPRM kerana salah guna kuasa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker