Layak ke UCL ibarat raih trofi EPL buat City – Nunes

Layak ke UCL ibarat raih trofi EPL buat City – Nunes

Layak ke UCL ibarat raih trofi EPL buat City – Nunes
NUNES cemerlang ledak gol kemenangan ketika City menewaskan Aston Villa. -AFP

Manchester: Pemain tengah Manchester City, Matheus Nunes, menganggap layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan umpama memenangi “trofi Liga Perdana” buat kelab itu selepas kempen yang hambar berbanding standard kebiasaan mereka.

Pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan gol kemenangan dramatik pada minit akhir ketika menewaskan Aston Villa, sekali gus melonjakkan skuad kendalian Pep Guardiola ke tangga ketiga liga, empat mata mengatasi Villa yang kini di kedudukan ketujuh.

Dengan Liverpool hampir menggenggam kejuaraan dan Arsenal selesa di tangga kedua, perebutan tiga slot terakhir ke UCL musim hadapan menyaksikan lima pasukan masih bersaing sengit.

Nottingham Forest, Newcastle United dan Chelsea turut berada dalam perebutan untuk menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas.

City, yang memburu kejuaraan liga kelima berturut-turut pada awal musim ini, berdepan kemerosotan prestasi sejak penghujung Oktober lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Namun mereka masih berpeluang mengakhiri musim dengan keputusan positif, termasuk pertemuan separuh akhir Piala FA menentang Forest di Wembley, Ahad ini, susulan kemenangan penting ke atas Villa.

“Ini adalah trofi EPL kami sekarang – untuk layak ke UCL,” kata Nunes selepas menjaringkan gol liga pertamanya buat City dalam musim keduanya bersama kelab itu.

“Saya rasa ini sangat penting untuk kelab, untuk pemain-pemain, untuk semangat dalam pasukan.”

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu mengakui bahawa kelayakan ke UCL buat kali ke-15 berturut-turut dan kejayaan dalam Piala FA masih belum cukup untuk dianggap musim yang berjaya.

“Standard kelab ini jauh lebih tinggi daripada itu. Kami tahu ini bukan tahap sebenar yang kami mahukan untuk kelab ini.”

“Tetapi inilah realiti kami sekarang dan kami perlu menerimanya. Dan kami harus berjuang seolah-olah ini adalah UCL, seolah-olah inilah trofi EPL.”

Layak ke UCL ibarat raih trofi EPL buat City – Nunes


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker