Kereta Mazda nanti pemain ‘hole in one’ di Kelab Golf Tasik Puteri
Kereta Mazda nanti pemain ‘hole in one’ di Kelab Golf Tasik Puteri

Rawang: Bukan calang-calang hadiah menanti pemain bertuah yang menyempurnakan ‘hole in one’ atau satu pukulan selubang Par 3 pada kejohanan utama di Kelab Golf Tasik Puteri, di sini, kelak.
Hadiah lumayan berupa kenderaan atau kereta keluaran Mazda yang pastinya menjadi idaman pemain golf itu dapat direalisasikan hasil kerjasama kelab golf berkenaan dengan Bermaz Motor Trading Sdn Bhd (Bermaz).
Pengarah Pemasaran Bermaz, Lee Ai Hoon berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan kelab golf itu dalam satu perkongsian menarik.
“Mazda sentiasa percaya dengan pengalaman memandu yang menjangkau jangkaan dan bersama kami berharap untuk menyokong pertumbuhan sukan golf dan memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan penajaan kepada kelab golf itu, di sini, kelmarin.

Hadiah yang akan membawa keseronokan dan prestij tambahan kepada permainan kompetitif itu bermula dengan Kejohanan Golf Raya di situ, esok, selain Golf Amal Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang akan dianjurkan semula pada tahun ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Sementara itu, Pengurus Besar Kelab Golf Tasik Puteri, Nor Afendi Mohd Razlan berkata, kerjasama itu adalah kejayaan membanggakan mereka.
“Kerjasama dengan jenama berprestij seperti Mazda selaras dengan visi kami untuk terus berkembang, berinovasi dan menawarkan pengalaman terbaik kepada pemain golf kami, tetamu dan kepada komuniti golf yang lebih luas,” katanya.
Bagi memeriahkan majlis itu, satu kejohanan golf persahabatan membabitkan 40 pemain dianjurkan, diikuti oleh jamuan tengah hari yang dihadiri lebih 70 tetamu jemputan termasuk ahli media dan pempengaruh media sosial.
Kereta Mazda nanti pemain ‘hole in one’ di Kelab Golf Tasik Puteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.