Nunes pacu City naik tangga ketiga

Nunes pacu City naik tangga ketiga

Nunes pacu City naik tangga ketiga
AKSI Nunes menjaringkan gol kedua City. FOTO Reuters

Manchester, England: Matheus Nunes menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk membantu Manchester City meraih kemenangan penting 2-1 ke atas Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi sekali gus mencerahkan peluang ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), musim depan.

Perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri apabila Marcus Rashford menyamakan kedudukan menerusi penalti selepas Bernardo Silva terlebih dahulu meletakkan Villa di depan pada separuh masa pertama.

Nunes muncul pemusnah apabila merembat masuk hantaran Jeremy Doku pada minit ke-94 untuk membawa City naik dua anak tangga ke tempat ketiga dengan 61 mata.

Namun, skuad Pep Guardiola bermain lebih satu perlawanan berbanding tiga pencabar di belakang mereka, manakala Villa, yang kini tewas 15 perlawanan berturut-turut di Stadium Etihad, kekal di tangga ketujuh dengan 57 mata dalam kelompok teratas yang sengit.

“Kami tidak biasa (menjaringkan gol pada saat akhir), jadi saya benar-benar gembira dengan gol itu kerana kami kini berada pada empat atau lima perlawanan terakhir, dan kami bersaing untuk layak ke Liga Juara-Juara,” kata Guardiola kepada Sky Sports.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


Rashford yang percubaannya terkena tiang 18 saat selepas perlawanan bermula, menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-18, selepas VAR mendapati Ruben Dias menjatuhkan Jacob Ramsey dari belakang menggunakan kaki kanannya.

City melakukan 14 percubaan berbanding tujuh oleh Villa sebelum mereka meraih tiga apabila Doku yang bergerak dari sebelah kiri dan menghantar bola kepada Nunes yang menyudahkannya dengan gol kemenangan.

“Sangat penting,” kata Nunes kepada Sky Sports. “Ini perlawanan yang sangat sukar, lawan sangat kuat, dan kami datang dengan mentaliti perlu menang. Itulah yang berlaku. Detik yang sempurna.”

Nunes membuat penyokong City bersorak dengan gol liga pertamanya untuk pasukan itu melalui sepakan terakhir perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta


Guardiola mengangkat kedua-dua tangannya dengan penuh semangat untuk meraikan kemenangan, manakala pengurus Villa, Unai Emery, kelihatan kecewa.

“(Villa) turut bersaing dengan kami untuk berada dalam lima teratas dan ini perlawanan penting untuk mendapatkan tiga mata,” kata pemain City, Dias kepada Sky.

“Tinggal empat perlawanan lagi dan semuanya sangat penting. Penting hari ini untuk dapatkan tiga mata. Kami tahu betapa sengitnya dan akan terus sengit hingga akhir. Ini langkah besar untuk kami.”

City mendominasi penguasaan bola sebanyak 61.6% dan memiliki lebih banyak peluang, terutama pada separuh masa kedua.

Kapten City, Kevin De Bruyne mencipta peluang James McAtee tetapi rembatannya sedikit tersasar. McAtee sekali lagi mensia-siakan peluang beberapa minit kemudian apabila gagal menyambar hantaran tepat Nico O’Reilly.

Rashford terus memberi ancaman kepada City beberapa kali termasuk memiliki peluang pada separuh masa kedua apabila penyerang pinjaman dari Manchester United itu melarikan bola daripada tengah padang, namun rembatannya juga sedikit tersasar.

“Selama 90 minit (Man City) lebih menguasai, tetapi kami bermain dengan baik dan kompetitif,” kata Emery.

“Ambil banyak perkara bagus dan kini adalah masa untuk kekal positif. Kami tidak boleh membuang masa sekarang, kami harus teruskan.”

Nunes pacu City naik tangga ketiga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker